Duka Pasukan Kedah FA semakin parah

Duka Pasukan Kedah FA semakin parah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum menerima sebarang aduan mengenai isu gaji yang membelenggu pasukan Kedah ketika ini, sekali gus menafikan tindakan susulan daripada badan induk itu.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, tertanya-tanya kenapa tiada sebarang aduan rasmi sedangkan isu ini sudah pun berlarutan sejak lima bulan lalu.

“Buatlah aduan rasmi agar memastikan proses ini boleh membantu keadaan semasa.

“Jika kes dikeluarkan, bukan mata musim ini yang akan dipotong tetapi perkara ini akan melibatkan kesukaran melibatkan pelesenan Kedah pada 2021,” katanya.

Difahamkan, ada perbincangan berlaku melibatkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan FAM sebaik kenyataan terbaru dari Presiden KFA, Mohd Sanusi Md Noor, semalam mencetuskan gusar dengan barisan skuad Kenari.

Sementara itu, beliau tidak menafikan KFA akan berdepan dengan masalah pemotongan mata selain terkeluar daripada saingan liga jika tiada langkah proaktif diambil pihak pengurusan.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, menyelar kenyataan Sanusi yang enggan mengambil peduli mengenai isu kegagalan pembayaran gaji sejak lima bulan lalu.

Advertisement

Malah, dia menegaskan kontrak yang termaktub di antara pemain dan Lang Merah adalah jelas, sehubungan itu ia menjadi tanggungjawab pucuk pimpinan yang mengambil alih setiap aset mahupun liabiliti pasukan tersebut.

“Kontrak ini tiada kena mengena dengan pengurusan, sebaliknya ia adalah kontrak dengan pasukan atau persatuan.

“Sesiapa pun yang mengambil alih kelab, harus menanggung hutangnya sekali.

“Ini amalan standard sudah termaktub dalam pelesenan kelab,” kata Windsor.

Berita penuh : STADIUM ASTRO

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )