
Eksport daun ketum lebih baik dari kesan penggunaan internet – MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kini trending di utara tanah air apabila cadangan beliau untuk menjadikan negeri Kedah sebagai pengeksport ketum negara mendapat pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif.
Terbaru, Sanusi mendakwa bahawa kesan penggunaan internet terhadap masyarakat lebih banyak mendatangkan mudarat berbanding dengan aktiviti mengeksport ketum untuk tujuan perubatan.
Menurut beliau, kesan yang lebih teruk sebenarnya kepada masyarakat yang menggunakan internet untuk melayari laman sesawang berbanding dengan aktiviti mengeksport daun ketum ke negara jiran seperti Thailand bagi tujuan perubatan.
Sanusi juga turut hairan kenapa masyarakat terlalu negatif terhadap aktiviti mengeksport ketum, sedangkan jika ingin dibuat perbandingan aktiviti melayari internet jauh lebih teruk dan mendatangkan kesan yang lebih dahsyat.
Masyarakat rosak akibat melayari pelbagai laman sesawang di internet, kenapa tidak dihalang atau disekat sepertimana yang dilakukan terhadap ketum.
“Kenapa internet tidak disekat atau dihalang seperti memerangi ketum? Kenapa tidak dilakukan perkara sama terhadap ketum?,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Penggunaan internet dikalangan masyarakat Malaysia
Muhammad Sanusi turut menambah, ketagihan masyarakat terhadap penggunaan internet menyebabkan berlakunya masalah kesihatan fizikal dan mental. Mereka sanggup mengenepikan masalah tersebut melalui kaedah kaunseling dan perubatan lain.
“Malah pelbagai produk dihasilkan oleh syarikat-syarikat multinasional dengan pelaburan berbilion ringgit dalam bidang berkenaan malah diimport dan dieksport, menyebabkan sektor ekonomi dikembangkan daripada internet.
“Kanak-kanak sekolah turut dilaporkan menjadi mangsa ketagihan pornografi dan permainan video di internet yang membawa kepada banyak kerosakan lain,” katanya.

Pokok ketum yang ditanam dalam skala yang besar
Terdahulu, mantan Exco Kesihatan negeri Kedah, Dato’ Dr. Ismail Salleh bercakap di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah, menjelaskan penggunaan ketum dari sudut agama Islam telah difatwakan haram kerana penagihan ketum boleh merosakkan otak.
“Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang kali ke-76 pada tahun 2006, telah menggariskan bahawa syabu dan rakan-rakan sebaya termasuk ‘Mitragynine’ hukumnya haram”.
“Akhir-akhir ini begitu ketara apabila Morphine, Heroin semakin susah didapati dan harganya semakin mahal, dadah sintetik juga semakin mahal maka penagihan yang semakin membesar adalah penagihan daun ketum”.
Dr. Ismail mengulangi gesaan beliau agar kerajaan negeri berfikir sedalam-dalamnya dan memohon supaya kerajaan lebih peka demi menyelamatkan rakyat Kedah dari penagihan ketum.
BACA JUGA: