Elak Badi Import 'lesu', Kedah bakal singkir Tiga pemain Import ini?
Elak Badi Import ‘lesu’, Kedah bakal singkir Tiga pemain Import ini?

Elak Badi Import ‘lesu’, Kedah bakal singkir Tiga pemain Import ini?

Kedah Darul Aman pada musim ini telah pun mendaftarkan lima pemain import baharu untuk memperkuatkan pasukan bagi mencabar saingan Liga Malaysia (Liga-M) serta menghadapi aksi Piala AFC selaku salah sebuah kelab dari Malaysia.

Berdasarkan lima pemain yang diambil, tiga daripadanya pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini dan hanya dua pemain baharu pertama kali bermain di sini.

Baca Juga: Faktor Masalah Kedah yang sama setiap musim & belum selesai

Namun seperti kebiasaan Kedah, skuad tersebut juga sering menghadapi masalah seperti pemain import yang gagal untuk memberi aksi terbaik selain terpaksa menghadapi kritikan ramai berikutan dua kekalahan berturut-turut dalam aksi Liga Super baru-baru ini.

Berikut merupakan tiga pemain import yang penulis rasakan Kedah mungkin akan rombak dan kaji semula ketika jendela kedua pada pertengahan musim 2022 akan dibuka.

Dennis Buschening

Pemain ini paling awal sekali menjadi bahan kecaman di media sosial oleh segelintir penyokong bola sepak tempatan setelah Kedah sah menandatangani beliau.

Dennis mula bertapak dalam saingan Liga Malaysia sejak dua musim lalu dengan menyertai Sabah serta UiTM FC dan gagal memberi impak terbaik sepanjang aksi bersama dua kelab tersebut.

Bersama Kedah, Dennis setakat ini sudah pun membuka akaun jaringan namun aksi ditampilkan sedikit longlai.

Ketika ini beliau mengalami kecederaan Achilles dan bakal berehat panjang untuk menyebabkan Kedah kehilangan aksi beliau dengan agak lama.

Kemungkinan besar beliau antara calon kuat yang bakal ditukarkan pada jendela perpindahan akan datang agar slot Buschening dapat diisi pemain import yang baharu dalam misi Kedah mahu beraksi di AFC.

Marc Vales

Sehingga kini masih belum ada posisi yang sempurna untuk diletakkan buat Marc Vales dalam taktikal Aidil Sharin.

Hadir dengan rekod yang agak menarik selaku pemain kebangsaan Andorra tidak menjanjikan sesuatu yang istimewa daripada pemain ini apabila sepanjang tiga posisi Vales diletakkan, beliau masih gagal memberi impak diingini pasukan selain mudah dibolosi.

Sehingga kini masih belum ada posisi yang sempurna untuk diletakkan buat Marc Vales dalam taktikal Aidil Sharin

Vales kini antara pemain import yang agak teruk pernah dimiliki Kedah sejak dua atau tiga musim ini berdasarkan corak permainan dan sumbangan beliau.

Ronald Ngah Wanja

Penyerang ini hadir dengan reputasi yang sangat hebat selaku penjaring terbanyak sewaktu beraksi di Liga Jordan selain pernah mewakili negaranya sendiri iaitu Cameroon.

Namun apa yang ditampilkan sehingga kini buat Kedah agak mengecewakan. Senasib seperti bekas import serangan sebelum ini iaitu Pablo Pallares dan Carlos Kahe, Ronald juga mempunyai masalah untuk mengekalkan konsistensi selaku penyerang.

Walaupun sudah meledak empat gol setakat ini, kelibat Ronald Ngah di atas padang agak mengecewakan terutama sekali kualiti individu beliau.

Pemain Kedah meraikan jaringan Ronald Ngah (tengah) ketika menentang Melaka United pada aksi Liga Super pada Jumaat.

Untuk beraksi di AFC, Kedah perlukan kualiti penyerang yang lebih baik dan konsisten berbanding Ronald Ngah. Kemungkinan beliau juga mungkin mengucapkan selamat tinggal lebih awal buat para penyokong.

Baca Juga : [VIDEO] Aidil berang didakwa masih bereksperimen aksi Kedah-Melaka

Baca Juga : 3 pemain ‘Left Back’ tempatan bisa bikin Kim Pan Goon ‘tersenyum’

(Visited 4,627 times, 1 visits today)

COMMENTS