Ellie bimbang bekas suami terkena ‘love scam’
Ellie bimbang bekas suami terkena ‘love scam’

Ellie bimbang bekas suami terkena ‘love scam’

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty berharap orang luar berhenti menghukum bekas suaminya, Azri Iskandar apabila menganggap kontroversi yang berlaku adalah karma buat dirinya kerana menganiaya hidup Ellie selama ini.

Ellie, 52, berkata, dia sudah mengambil keputusan menarik diri dan mengikhlaskan segala hal yang pernah berlaku sepanjang melayari bahtera perkahwinan dengan bekas suaminya itu.

Baca Juga:
Asmirul Desak MB Kedah Dedah Siapa EXCO Yang Disiasat SPRM Putrajaya

“Hidup ini akan datang dengan ujian dan dugaan, tapi saya tidak hukum dia pun. Saya dah cakap saya menarik diri dan halalkan serta mengikhlaskan semua yang terjadi.

“Jadi saya harap tiada sesiapapun menghukumnya. Kalau dia nak nikah, itu adalah pilihannya. Saya ucapkan semoga berjaya dan saya harap wanita yang akan bersamanya betul-betul ikhlas dan jangan sorokkan diri kerana menyorok ini adalah kerja orang pengecut. Berhenti permainkan hidup orang dan berhenti malukan dia, tolonglah,” katanya.

Dalam masa sama, Ellie turut berharap individu bernama Dr Azra yang dilaporkan kekasih kepada bekas suaminya supaya tampil munculkan diri kerana sehingga kini identiti sebenarnya masih diragui apabila tidak menjumpai sebarang maklumat terperinci di Internet.

“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Azra supaya munculkan diri.

“Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di Internet tapi tidak jumpa sebarang maklumat mengenainya. Siapakah dia sebenarnya? Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok.

“Kalau dia benar wujud, kenapa sewaktu program Melodi hubungi, dia bagi alasan sibuk dan seakan cuba mengelak. Kenapa malukan Azri. Hidup ini mesti dengan kebenaran dan jangan permainkan hidup orang.

“Dia pun tak pernah tanya fasal anak-anak saya. Anak-anak saya sangat beradab, bijak dan rasional, tapi bila dia cuba nak ambil kasih sayang Azri sepenuhnya dan tidak jelas pastilah anak-anak ambil peduli,” katanya.

Terdahulu Azri, 54, mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

Dalam masa sama muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa Azri pernah mengajak dia berkahwin.

Azri dan Ellie sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengalami keguguran.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.

(Visited 132 times, 2 visits today)

COMMENTS