Empat bukit wajib daki di Utara Kedah
Empat bukit wajib daki di Utara Kedah

Empat bukit wajib daki di Utara Kedah

Sekiranya anda mula berjinak-jinak dalam sukan pendakian dan mula mencuba untuk mendaki bukit atau gunung, empat bukit yang wajib anda cuba terlebih dahulu yang terletak di Utara Kedah.

Sebagai pendaki baru, anda perlu merasai sendiri cabaran bukit-bukit yang rendah terlebih dahulu. Mungkin ia tidak setinggi Gunung Jerai dan Gunung Bintang tetapi cabaran yang dihidangkan tidak boleh disangkal kerana setiap bukit ada keunikannya yang tersendiri.

Berikut empat bukit yang wajib anda daki di Utara Kedah.

__________________________________

BUKIT MALONG

Ketinggian : 70 Meter DPL
Masa Pendakian : 30minit – 1jam
Lokasi : Kodiang, Jitra, Kedah

Bukit Malong terletak di Gua Kerbau, Kodiang. Bukit ini merupakan bukit yang paling rendah diantara bukit-bukit yang anda boleh daki. Walaupun hanya 70 meter dari paras laut, pendakian ke puncak tetap mencabar. Terdapat trek yang memerlukan anda mendaki dalam keadaan 90 darjah. Pemandangan sawah padi yang terbentang luas akan dapat dilihat apabila anda tiba di puncak bukit. Lokasi Bukit Malong tidak jauh dari Bukit Kodiang @ Mok Cun.

__________________________________

BUKIT KODIANG @ BUKIT MOK CUN

Ketinggian : 140 Meter DPL
Masa Pendakian : 30minit – 1jam
Lokasi : Berhampiran Kampung Kodiang Lama

Bukit Kodiang atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Bukit Mok Cun terletak berhampiran dengan Kampung Kodiang Lama. Berketinggian 140 meter dari paras laut. Pendakian mengambil masa sekitar 30 minit hingga 1 jam bergantung kepada tahap kecergasan pendaki. Menyajikan cabaran yang agak sukar kerana terdapat pendakian yang hampir kepada 90 darjah. Permukaan berbatu dan tanah di sepanjang pendakian. Pemandangan sawah padi yang indah setelah anda tiba di puncak bukit.

 

__________________________________

BUKIT HANTU

Ketinggian : Anggaran 140 – 200 Meter DPL
Masa Pendakian : 30 minit – 1jam
Lokasi : Kodiang

Bukit Hantu terletak di Kodiang, Kedah. Laluan berbatu serta bertanah menyajikan cabaran pendakian kepada pendaki baharu. Masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak adalah sekitar 30 minit hingga 1 jam mengikut tahap kecergasan pendaki. Pemandangan sawah padi yang cantik dihidangkan setelah anda sampai di puncak bukit.

__________________________________

GUNUNG KERIANG

Ketinggian : 217 Meter DPL
Masa Pendakian : 1jam – 1jam 30minit
Lokasi : Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

Di kaki Gunung Keriang terdapat deretan kedai yang menjual batu kristal dan barang hiasan dari batu Gunung Keriang. Terdapat juga kedai menjual makanan dan minuman untuk kemudahan para pendaki dan pengunjung. Trek ke puncak Gunung Keriang agak menegak namun jalur yang dibina dijaga dengan baik. Pendakian agak menegak dengan batu kapur serta tanah di sepanjang pendakian.Puncak Gunung Keriang dipenuhi batu tajam seolah-okah Puncak Gunung Api di Serawak. Anda bakal disajikan dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Dari puncak Gunung Keriang juga anda boleh melihat bandaraya Alor Setar.

(Visited 476 times, 4 visits today)

COMMENTS