Erma Fatima tak senang dari awal dengan babak panas Zul Arifin.Dedah Umie Aida.
Erma Fatima tak senang dari awal dengan babak panas Zul Arifin.Dedah Umie Aida.

Erma Fatima tak senang dari awal dengan babak panas Zul Arifin.Dedah Umie Aida.

Sejak awal lagi rupanya Erma Fatima,Penerbit meluahkan kebimbangan mengenai babak panas yang dilakonkan oleh Zul Arifin dalam drama perempuan itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh adiknya Datin Seri Umie Aida atau lebih dikenali Umie Aida yang memberitahu Erma mengetahui ada babak terlalu daring yang kurang sesuai untuk ditonton umum.

“Baru sempat untuk saya berkongsi pasal isu ini…..Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya apabila dia tengok Footage cerita tersebut.

“Dia kata mereka membuat rakaman(babak) yang sangat daring.Me(Panggilan diri Umie) pesan awak sebagai penerbit kena beritahu mereka rakaman atas landasan yang dibenarkan dan kena tegas.

“Lebih mengecewakan apabila ada pihak yang sanggup mengeluarkan footage dari editor tanpa keizinan dan pengetahuan Producer dan membuat posting di Instagram.Motif mengeluarkan footage yang belum edit dan teruja dengan babak yang kurang indah dikongsikan untuk viral?” Katanya menerusi Laman Sosial Instagram.

Perkongsian Umie aida di Instagramnya

Sementara itu,Umie Aida berkata dia sudah menonton sedutan babak tersebut yang dikongsikan oleh Zul Arifin di Instagram miliknya pada malam jumaat.

Justeru itu,dia juga meminta pihak yang sepatutnya perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

Saya sempat tengok posting tersebut dari Ig Aktor itu.Saya terus komen kat Erma..Apa cerita korany buat ni? Gila ke?.Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan untuk jelaskan kenapa babak itu jadi sampai level begitu?.

“Sayangnya apabila ada pihak tang bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan mengikut landasan yang dibenarkan….Antaranya skrip dan interprestasi pengarah berbeza.

“Screenplay(lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau producer dan sebagai pelakon wajar menolak screenplay tersebut yang dilihat sebagai di luar kewarasan.Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,”Ujarnya.

Pada malam jumaat,Instagram milik Zul Arifin diserang netizen selepas dia membuat posting berkenaan babak panas drama lakonannya itu.

Video tersebut memperlihatkan Zul Arifin mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada masyarakat dalam negara ini.

Bukan sahaja dikecam malah video tersebut turut mendapat perhatian Menteri Agama iaitu Senator Datuk Idris Ahmad termasuklah para pendakwah yang turut bersama menegur babak panas berkenaan.

Bagaimanapun,pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua dan mungkin tidak akan ditayangkan di Televisyen dan hanya sebagai untuk tujuan publisiti.

(Visited 45 times, 1 visits today)

COMMENTS