EXCO Kedah disahkan positif COVID-19
EXCO Kedah disahkan positif COVID-19

EXCO Kedah disahkan positif COVID-19

Seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah yang pergi ke Sabah untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari negeri berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang menjelaskan EXCO berkenaan sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut.

Menurutnya, JKN Kedah ketika ini sedang mengenal pasti semua kontak rapat EXCO terbabit dalam tempoh 14 hari termasuk ahli keluarganya.
“Setakat ini JKN hanya mengesan kes postif EXCO berkenaan sahaja dan tiada EXCO yang lain dijangkiti,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, EXCO berkenaan merupakan kontak rapat kepada pembantu kanannya yang didapati positif COVID-19 pada Selasa.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu sidang media mengesahkan tiga EXCO kerajaan negeri tidak menghadiri mesyuarat mingguan EXCO Kedah yang dijalankan pada Rabu.

Menurutnya, kesemua mereka yang baharu sahaja pulang dari negeri Sabah dan menjalani proses kurantin di rumah masing masing selepas melakukan ujian saringan COVID-19.

Berita Penuh : Astro Awani

____________________

EXCO yang disahkan positif COVID-19 adalah EXCO Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS