Faiz Fadzil gesa kerajaan beri "Food Voucher" bantu golongan B40
Faiz Fadzil gesa kerajaan beri “Food Voucher” bantu golongan B40

Faiz Fadzil gesa kerajaan beri “Food Voucher” bantu golongan B40

INFLASI MAKANAN MENINGKAT, KERAJAAN DIGESA PERKENALKAN FOOD VOUCHER BANTU GOLONGAN B40 DAN MISKIN BANDAR

1.Pada bulan Mei 2022, inflasi makanan Malaysia mencecah 5.2%, tertinggi sejak November 2011. Jabatan Perangkaan melaporkan 93% item dalam kumpulan makanan telah meningkat harganya. Keadaan ini telah meningkatkan kos sara hidup dan seterusnya meningkatkan kadar inflasi. Biro Pengguna Parti Amanah Negara memandang serius kebimbangan rakyat hari ini.

2.Sungguhpun kerajaan membuat u-turn ke atas harga apungan ayam, namun harga ayam tetap dijangka tinggi. Peningkatan harga barang makanan ini akan menjadi lebih kronik apabila kerajaan memutuskan untuk memberhentikan subsidi ke atas beberapa barang makanan asas termasuk ayam, telur dan minyak masak botol bermula 1 Julai ini.

3.Persoalannya, adakah kerajaan tidak memahami kesan yang akan berlaku apabila subsidi dipotong tetapi bantuan tunai yang diberikan tidak seberapa? Adakah kerajaan Ismail Sabri mahu mengulangi kesilapan Najib Razak dahulu yang memansuhkan subsidi secara mendadak pada ketika inflasi meningkat.

4.Dengan pemansuhan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol, kerajaan tidak lagi perlu berbelanja RM605 juta sebulan (RM550 juta untuk ayam dan telur; RM55 juta untuk minyak masak). Ini adalah penjimatan RM7.26 bilion untuk tempoh setahun. Namun, kerajaan hanya menghulurkan bantuan tunai “one-off” sebanyak RM630 juta dalam bentuk RM50 kepada orang bujang dan RM100 untuk isi rumah di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Hakikatnya, bantuan RM50/RM100 ini tidak mencukupi.

5.Justeru, kerajaan digesa untuk menambah lagi bantuan (di samping BKM) dengan memperkenalkan konsep “digital food voucher”. “Food voucher” ini boleh diberikan setiap bulan dan boleh ditebus menerusi kad pengenalan. Rakyat B40 dan miskin bandar boleh menebus voucher ini untuk barang makanan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam, ikan dan sebagainya bagi meringankan beban hidup rakyat.

Faiz Fadzil
Pengerusi Biro Pengguna
Parti Amanah Negara
24 Jun 2022

(Visited 54 times, 1 visits today)

COMMENTS