Faktor Masalah Kedah yang sama setiap musim & belum selesai
Faktor Masalah Kedah yang sama setiap musim & belum selesai

Faktor Masalah Kedah yang sama setiap musim & belum selesai

Sejak beberapa musim ini, Kedah Darul Aman sering dilihat sebagai salah satu pasukan yang boleh mencabar kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) berikutan aksi ditampilkan pada awal musim sangat menyakinkan.

Namun mereka seperti kehilangan arah pada pertengahan musim liga dan segala yang ditampilkan dengan baik pada awal itu hilang auranya begitu sahaja.

Baca Juga : Aksi Syafiq Ahmad selepas 6 perlawanan Liga Super

Untuk musim ini, masalah sama masih berulang. Mereka bermula dengan begitu bergaya dengan mencatat empat kemenangan secara konsisten termasuk pusingan pertama Piala FA sebelum dikejutkan Selangor dalam kekalahan besar pertama Kedah dalam saingan liga.

Walaupun mencatat kemenangan kembali selepas itu dengan mengatasi Penang, corak permainan tidak menyakinkan sedikit sebanyak menjadi perhatian penyokong.

Baca Juga: [VIDEO] Aidil berang didakwa masih bereksperimen aksi Kedah-Melaka

Kemuncaknya dua perlawanan terbaharu Kedah selepas itu berkisarkan mengenai kekalahan berturut-turut di tangan Sabah dan Melaka United.

Memetik laporan SemuanyaBola berikut merupakan 5 masalah Kedah.

Falsafah permainan kurang menyakinkan

Kedah antara pasukan yang mengalami kecelaruan identiti dalam permainan mereka sejak beberapa musim ini.

Selepas ketiadaan Tan Cheng Hoe yang meninggalkan suatu legasi besar buat Kedah, kehadiran Aidil Sharin Sahak ditagih untuk kembali membentuk skuad tersebut diterap falsafah permainan baharu.

Kedah mengalami 2 kekalahan berturut-turut Liga Super

Namun, sehingga kini ramai pemerhati bola sepak melihat Kedah masih tidak konsisten mengenai gaya permainan mereka selain adakala gaya ditampilkan mudah diteka pasukan lawan sewaktu permainan.

Masalah pemain import

Setiap musim Kedah tidak pernah ketinggalan untuk mengambil lima pemain import lengkap untuk dibawa bersaing dalam saingan Liga Malaysia seperti ditetapkan.

Namun daripada lima diambil pastinya akan ada seorang atau dua pemain yang langsung tidak menepati ciri terbaik selain ada import mempunyai rekod kecederaan lampau dan dibawa masalah itu dalam kem Kedah.

Apa masalahnya mengenai import ini? Adakah Kedah terlalu bergantung harap kepada ejen yang hanya memikirkan untung berganda daripada membuat ‘scouting’ sendiri?

Pengurusan tak konsisten

Kedah juga antara pasukan dengan nama besar tetapi tetap mempunyai masalah dalaman sejak beberapa musim lalu termasuk hal kebajikan pemain.

Kedah juga antara pasukan dengan nama besar tetapi tetap mempunyai masalah dalaman sejak beberapa musim lalu

Gaji antara perkara yang sering kedengaran masalahnya dalam pasukan tersebut sehingga pemain sendiri membuat aduan dan kata-kata sinikal di laman sosial bagi menceritakan masalah tersebut.

Bajet pasukan

Disebabkan kelemahan pasukan untuk mendapatkan tajaan lebih besar dan berkolaborasi dengan mana-mana syarikat lebih ternama, bajet pasukan Kedah juga antara tidak konsisten.

Apabila Kedah mengurangkan bajet musim lalu daripada RM30 juta kepada RM22 juta, secara tak langsung perkara ini dilihat sedikit bermasalah untuk Aidil Sharin mendapatkan dana lebih baik bagi mencari pemain import dikehendaki.

Bajet pasukan Kedah juga antara tidak konsisten

Hasilnya, mereka mendapat kualiti rendah daripada pemain seperti Dennis Buschening berbanding kualiti tinggi ditampilkan Tchetche Kipre musim lalu dalam pasukan di posisi sama.

Hilangnya bakat-bakat muda

Umum diketahui, Kedah antara pengeluar pemain muda berbakat untuk pasaran Liga Malaysia sejak dahulu lagi.

Ifwat Akmal, Akhyar Rashid, Amirul Hisyam, Syafiq Ahmad, Farhan Roslan, dan ramai lagi pemain antara produk Kedah yang berjaya memberi impak dalam bola sepak negara dengan aksi mereka yang sangat bagus ketika awal pembabitan bersama kelab.

Mana hilangnya ‘ubi’ Kedah

Selepas Kedah memperkenalkan Fayadh Zulkifli dan Fadzrul Danel sebagai pemain muda berpotensi mereka, pasukan tersebut dilihat sunyi mengenai nama-nama bakat baru.

Hanya Aiman Afif sahaja setakat beberapa musim ini yang berjaya menembusi kem kebangsaan dan nama-nama lain langsung tidak kedengaran untuk menjadikan Kedah tidak lagi relevan mengenai penghasilan ubi-ubi muda ketika ini.

(Visited 1,828 times, 1 visits today)

COMMENTS