Fayadh ‘Keliru’ Ketika Mahu Mencium logo yang sepatutnya sebelah kiri?
Fayadh ‘Keliru’ Ketika Mahu Mencium logo yang sepatutnya sebelah kiri?

Fayadh ‘Keliru’ Ketika Mahu Mencium logo yang sepatutnya sebelah kiri?

Beliau berjaya meledak gol kedua dan pendahuluan Sang Kenari sejurus dibawa masuk pada minit ke-68. Golnya membantu membangkitkan Kedah untuk memenangi perlawanan 3-2 selepas aksi terikat 1-1 dalam tempoh lebih setengah jam. Kemasukkannya membantu Kedah mendapat gol pendahuluan diikuti gol ketiga.

Jersi utama Kedah itu pada awalnya memang menimbulkan sedikit kontroversi apabila logo pasukan diletakkan di tengah jersi. Susunan reka bentuknya membuat para penyokong merasakan jersi tersebut tidak menarik.

Ditambah dengan logo Lotto dan DXN Industries yang turut berada di tengah jersi, ia memburukkan ‘keadaan’.

Malah, ada yang mengubah suai rekaan jersi tersebut dengan meletak logo Lotto dan Kedah ke sebelah kanan dan kiri jersi dan ia tampak lebih kemas sebegitu. Dan, logo yang terletak di sebelah kiri bukan disengajakan.

Sebelum ini pernah timbul kontroversi logo di jersi. Pada Ogos tahun lalu, Puma melancarkan jersi ketiga bagi semua kelab utama Eropah yang ditaja mereka antaranya AC Milan, Man City dan Olympique Marseille.

Corak rekaan jersi ketiga baharu Puma ini dilihat cukup berani dan ianya boleh diihat cukup jelas di bahagian depan. Ini kerana, satu elemen penting jersi telah dialihkan iaitu logo pasukan dan ianya digantikan dengan nama pasukan. Ia menerima pelbagai respon daripada penyokong, malah ada juga pemain yang terkeliru.

Antaranya, Muhammed Gumuskaya meledak gol untuk Fenerbahce mendahului perlawanan dan dilihat mahu meraikannya di depan penyokong mereka dengan mencium logo pasukan. Sebagaimana Fayadh Zulkifli, beliau dilihat tercari-cari logo pasukan dan akhirnya tersedar yang jersi baharu mereka keluaran Puma itu tiada logo.

Situasi Fayadh Zulkifli mungkin tidaklah seteruk Gumuskaya, namun ia memperlihatkan keanehan reka letak di sesebuah jersi. Sudah menjadi kebiasaan logo sesebuah pasukan berada di sebelah kiri, mengapa perlu diubah?

Malah, ada yang mengaitkan terletaknya logo pasukan di sebelah kiri adalah disebabkan hati kita di sebelah kiri. Logo berada di atas hati dan ia melambangkan semangat, kebanggaan dan juga kesetiaan pemakainya. Kita selalu melihat pemain akan meletakkan tangan di sebelah kiri dada apabila menyanyikan lagu kebangsaan.

Ia tidaklah salah cuma janggal dan aneh. Diharapkan ini kali pertama dan terakhir Fayadh Zulkifli ‘terlupa’.-SemuanyaBola

(Visited 45 times, 1 visits today)

COMMENTS