Fenomena air pasang besar berada dalam keadaan terkawal
Fenomena air pasang besar berada dalam keadaan terkawal

Fenomena air pasang besar berada dalam keadaan terkawal

KUALA SELANGOR: Fenomena air pasang besar yang memasuki hari ketiga di daerah ini berada dalam keadaan terkawal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya melakukan pemantauan di tiga lokasi bermula 6.50 pagi tadi.

Beliau berkata, tiga lokasi itu adalah Pantai Remis, Pantai Jeram dan jeti Jambatan Kuala Selangor.

“Didapati terdapat peningkatan air pasang namun tidak membahayakan penduduk berhampiran.

“Oleh itu, keadaan masih terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fenomena air pasang besar sebelum ini berlaku pada 2 Januari lalu sehingga esok.

Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaporkan berkata, antara kawasan yang berisiko tinggi berlaku fenomena itu adalah Kuala Muda di Kedah, Bagan Datuk (Perak), Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor, serta Batu Pahat dan Pontian di Johor. —Berita Harian

(Visited 18 times, 1 visits today)

COMMENTS