Fungsi pengesanan MySejahtera tidak akan digunakan lagi - Kerajaan
Fungsi pengesanan MySejahtera tidak akan digunakan lagi – Kerajaan

Fungsi pengesanan MySejahtera tidak akan digunakan lagi – Kerajaan

Beberapa pihak seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebelum ini telah menyuarakan kepada kerajaan untuk menghentikan penggunaan imbasan MySejahtera susulan negara kini telah memasuki fasa endemik.

Rata-rata rakyat di negara ini juga menuntut agar kerajaan menghentikan penggunaan MySejahtera berikutan tular pendedahan sistem pemantauan itu kini dimiliki syarikat dari luar negara.

Membalas gesaan tersebut, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan pihak kerajaan dalam proses penelitian untuk menghentikan penggunaan kontak rapat dalam MySejahtera.

Ini susulan pembukaan sempadan negara bermula April ini dan pelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Fungsi pengesanan MySejahtera

“Jika tiada perubahan signifikan, kerajaan boleh menghentikan pesanan kontak,” ujar beliau seperti yang dipetik dari laman The Vibes.

Bermula 1 April 2022, pelancong dan pengunjung dari luar negara yang telah divaksinasi penuh tidak perlu menjalani kuarantin setibanya di Malaysia seperti yang dilakukan sebelum ini. Bagi mereka yang belum cukup vaksinasi, kuarantin lima hari diperlukan setibanya di Malaysia.

KLIA

Sebelum itu, pelonggaran SOP telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan antaranya adalah kedai makan dan restoran boleh kembali beroperasi selepas tengah malam.

Sementara solat berjemaah di surau dan masjid boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Bagi mereka yang merentas negeri, status vaksinasi tidak diperlukan lagi dan syarikat boleh beroperasi dengan kapasiti penuh.

Perlonggaran SOP ini adalah Langkah menuju Fasa ‘Peralihan ke Endemik’, di mana rakyat di negara ini perlu menerima hakikat untuk hidup ditengah-tengah wabak Covid-19.

BACA JUGA:

Gempar!! Aplikasi mysejahtera milik syarikat swasta?

Kemaskini mysejahtera anda untuk jadi ‘Pempengaruh’

Status Terkini Mysejahtera buat individu yang kontak rapat

(Visited 58 times, 1 visits today)

COMMENTS