Gagal urus masalah air, MB Kedah tuding jari pada kerajaan terdahulu
Gagal urus masalah air, MB Kedah tuding jari pada kerajaan terdahulu

Gagal urus masalah air, MB Kedah tuding jari pada kerajaan terdahulu

YAB Menteri Besar Kedah dalam kenyataannya menjawab masaalah perbekalan air bersih Kedah berkata masaalah timbul berpunca dari perubahan dasar terdahulu iaitu semasa Kerajaan PH yang di terajui oleh YB Dato seri Mukhriz selaku mantan Menteri Besar dari bulan Mei 2018 hingga Mei 2020.

Kenyataan ini adalah tidak tepat, tanpa fakta serta mengelirukan dan berniat buruk terhadap pimpinan YB Dato Seri Mukhriz.

Fakta yang sebenar ialah sejak PH memerintah Kedah pada bulan Mei 2018, Kerajaan Kedah pimpinan Dato Seri Mukhriz telah berunding dengan Kerajaan Pusat dan berjaya mendapat kelulusan untuk naik taraf 5 LRA bernilai RM931 juta.

Taklimat naik taraf LRA serta lawatan tapak oleh JKR kepada 50 lebih syarikat kontraktor air diadakan di Bilik Gerakan JKR Kuala Muda pada bulan Februari 2020.

JKR Kedah telah keluar tender pada bulan Mac 2020 dan tender ditutup pada bulan Mei 2020.

Bulan Mei 2020 berlaku pengkhianatan keji oleh pelompat katak Kedah dimana 4 ADUN BERSATU dan 2 ADUN PKR telah melompat parti meninggalkan Kerajaan PH Plus Kedah. Maka tumbanglah Kerajaan PH plus Kedah dan ianya diambil alih oleh Kerajaan tebuk atap yang diketuai PAS bersama UMNO dan BERSATU.

Semua tender naik taraf LRA ditangguh hingga bulan Jun 2021 baru dianugerah pada kontraktor tertentu. LRA Bukit Selambau dan LRA Sg Limau Baling diberi pada SYARIKAT WIDAD.

Sehingga hari ini progress kerja kerja naik taraf LRA amat perlahan dan yang jelas kelihatan adalah Papan Tanda serta pagar zing berwarna biru yang mengepung sekitar kawasan LRA. Alasan kenapa kerja-kerja naik taraf tertangguh adalah kos bahan binaan telah melambung naik dengan begitu tinggi dan Kontraktor sedang mengeluh!

Pada papan tanda ada tertulis dengan jelas iaitu projek akan siap pada tahun 2023. Adalah amat mustahil untuk kontraktor menyiapkan projek naik taraf ini pada tahun 2023.

YAB MB Kedah mohon turun padang dan pi jengok sendiri keadaan sebenar yang sedang berlaku pada tapak pembinaan dan jangan dok banyak temberang ! Terima kasih.

(Visited 917 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )