
Gambar Saddiq Botak ‘Diusik’ Netizen Jadi Lucu Penutup 2020
Baru-baru ini, Adun Muar iaitu Syed Saddiq membuat keputusan untuk melaksanakan kutipan dana sebanyak RM200,000 dalam masa 5 hari bagi program 1 Keluarga 1 Laptop.
Dalam pada itu, Syed Saddiq juga turut melaksanakan #BotakChallenge sekiranya jumlah kutipan mencapai RM200,000. Di samping itu, beliau telah berhasrat untuk melaksanakan nazar tersebut untuk membantu rakyat Muar yang tidak bernasib baik.
Baca Juga : ‘Game’ Cari Suami Dengan Mencium Bau Dikecam Netizen
Kini, Saddiq telah berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM61,400. Di samping itu, beliau juga ‘diusik’ oleh warganet dengan
mengubah suai gambarnya menjadi lucu.
Rata-rata netizen terhibur dengan gambar-gambar ‘posting’ tersebut dan menganggap perkara itu adalah kenangan ataupun penutup
untuk tahun 2020
Walaubagaimana pun, Tindakan Syed Saddiq membantu orang muar selayaknya mendapat pujian orang ramai dan diharapkan dapat juga
menjadi contoh kepada yang lain.
Korang ni laju je buat kerja eh? 🤣
– Famous Abang
#Kakimuvee
Posted by Kakimuvee on Khamis, 31 Disember 2020