'Game' Cari Suami Dengan Mencium Bau Dikecam Netizen
‘Game’ Cari Suami Dengan Mencium Bau Dikecam Netizen

‘Game’ Cari Suami Dengan Mencium Bau Dikecam Netizen

Baru-baru ini, tular satu video aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang individu di laman sosial Twitter.

Video tersebut menunjukkan kerenah seorang wanita dipercayai sedang bermain sebuah ‘game’ mencari suaminya dengan cara mencium ‘bau’ pasangan dalam keadaan mata tertutup.

Di Samping itu, beliau perlu mencium bau setiap lelaki yang berada di hadapannya bagi mencari suaminya antara lelaki-lelaki tersebut.

Boleh la cuba lepas ni?

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan permainan tersebut dan bercadang untuk mencuba dengan pasangan masing-masing nanti.

‘Single’ takboleh la main

 

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang tidak merasa tidak selesa dengan perbuatan itu dan berasa ‘geli’ sewaktu menonton aksi berkenaan.

Geli nak hidu baju lelaki lain

Namun, menjengah ke laman aplikasi TikTok milik wanita itu, majoriti netizen mengecam dan mengutuk permainan beserta individu yang terlibat.

Kenapa biar isteri sentuh lelaki lain?

Tak tau ke pasal halal haram?

Seronok-seronok juga, tapi jangan sampai memalukan diri sendiri. Pergaulan bukan muhrim ni sepatutnya lebih berhati-hati agar tidak timbul fitnah kemudian hari. – Oh My Media

(Visited 47 times, 1 visits today)

COMMENTS