Gedung Chak Kuih Melayu Tradisional Kedah
Gedung Chak Kuih Melayu Tradisional Kedah

Gedung Chak Kuih Melayu Tradisional Kedah

Gedung Chak merupakan sejenis kuih yang berasal daripada Negeri Kedah. Pada asalnya, kuih ini diperkenalkan oleh penduduk Acheh yang datang dan menetap dikawasan Yan Negeri Kedah.

Kemudiannya, mereka membawa tradisi makanan mereka dan seterusnya ia diterima dengan baik oleh penduduk dikawasan tersebut dan secara tidak langsung menjadikan Kuih Gedung Chak ini sebagai kuih tradisional Negeri Kedah.

Namun demikian, kuih ini amat jarang dijumpai tetapi masih terdapat di kawasan Yan, Tanjung Dawai dan Kota Kuala Muda.

Keistimewaan kuih ini adalah kerana penggunaan daun nipah sebagai pembungkus. Ia mampu menghasilkan aroma yang begitu wangi ketika dibakar dan mampu membangkitkan selera.

Ia diperbuat dari tepung pulut sebagai bahan utama. Selain itu, kelapa dan gula merah juga digunakan sebagai bahan campuran.

Bahan-bahan:

– 2 cawan tepung pulut
– 5 cawan kelapa parut
– 2 cawan gula pasir/gula merah
– Daun nipah

Cara penyediaan:

1. Gula merah dan gula pasir dimasak
2. Tepung pulut digaul dengan kelapa parut dan masukkan air gula yang telah sejuk
3. Daun nipah dibuang tulangnya dan dipotong 15cm.
4. Adunan disendukkan keatas daun nipah dan dilipat.
5. Hujung daun nipah dikelat dengan lidi yang telah dipotong.
6. Kuih ini dibakar diatas api yang sederhana.

Tips– tips Memasak

· Lidi boleh digantikan dengan menggunakan staepler.
· Menggunakan kelapa muda untuk menghasilkan rasa yang lebih enak.
· Dapur arang boleh digantikan dengan griller atau oven.
· Lebihkan gula merah untuk mendapatkan warna dan tekstur yang lebih menarik.
· Gunakan air kelapa muda untuk menggantikan air biasa untuk rasa yang lebih sedap.
· Gunakan daun nipah yang muda supaya proses mengelatkan daun nipah dengan lidi lebih mudah dan juga mempercepatkan proses memasak.
· Kurangkan gula pasir sekiranya ingin mengurangkan kemanisan.

(Visited 100 times, 1 visits today)

COMMENTS