Gempar!! 4 Punca ini RUU Anti Lompat Parti ditangguh
Gempar!! 4 Punca ini RUU Anti Lompat Parti ditangguh

Gempar!! 4 Punca ini RUU Anti Lompat Parti ditangguh

Tindakan kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti menjadi satu halangan kepada Pakatan Harapan (PH) kerana ia akan menyaksikan penyokongnya hilang keyakinan terhadap gabungan pembangkang itu, kata seorang penganalisis.

Penyokongnya menjangkakan PH akan memberi tekanan kepada kerajaan yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengannya September lepas, kata Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya.

“Jadi, sehingga dan melainkan RUU itu dibentang, dibahas dan diluluskan, kita mungkin lihat orang ramai hilang keyakinan terhadap pemimpin yang menandatangani perjanjian itu,” katanya kepada FMT, merujuk kepada Anwar Ibrahim daripada PKR, Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah) dan Wilfred Madius Tangau (Upko).

Bawah MoU itu, RUU itu sepatutnya dibentangkan semasa mesyuarat pertama Dewan Rakyat tahun ini, yang berakhir bulan lepas.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembentangan RUU itu ditangguhkan dan Jemaah Menteri tidak bersetuju untuk membentangkannya pada sidang khas Dewan Rakyat pada 11 April.

FMT sebelum ini melaporkan, kerajaan mahu menyelesaikan perkara-perkara penting seperti definisi lompat parti dan meminda Perlembagaan Persekutuan sebelum membentangkan RUU itu.

Sementara itu, felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, definisi lompat parti adalah “sesuatu yang sangat asas” dan yang sepatutnya dipersetujui ketika RUU itu mula-mula digubal.

“Saya tidak pasti parti mana yang masih tidak bersetuju,” katanya.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura percaya ada menteri yang mungkin menurut arahan daripada ketua parti mereka untuk menghalang RUU itu diluluskan.

Beliau percaya ini tiada kaitan dengan kandungan RUU itu, tetapi “mempunyai kaitan dengan langkah untuk memalukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob” dan merancang kejatuhannya.

“Pada satu tahap, PH perlu membuat pendirian tentang apa yang akan dilakukannya jika berlaku lebih banyak kelewatan dalam membentangkan RUU itu atau ia berisiko lebih menjauhkan penyokongnya,” katanya.-FMT

(Visited 32 times, 1 visits today)

COMMENTS