Gempar! Afifi al-Akiti jawab isu 'dakwah' di kelab malam
Gempar! Afifi al-Akiti jawab isu ‘dakwah’ di kelab malam

Gempar! Afifi al-Akiti jawab isu ‘dakwah’ di kelab malam

ORANG Delapan Negeri Perak, Datuk Dr Afifi al-Akiti memohon perkenan Sultan Perak untuk berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim dalam satu kenyataan memaklumkan, warkah perkenan mengundur diri bertarikh 15 Mei itu telah diangkat sembah untuk pertimbangan baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baca Juga: Sulaiman dipaksa letak jawatan, UMNO mahu tukar Ketua Menteri Melaka?

Menurutnya, baginda berkenan menerima permohonan tersebut untuk dikuatkuasakan 15 Mei 2022.

“Baginda turut menzahirkan perhargaan atas segala khidmat yang diberikan beliau dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan,” katanya.

Dalam warkah berkenaan, Afifi menjelaskan, bahan-bahan yang ditularkan di media sosial sejak dua minggu lalu telah mencemarkan nama dan dilihat mempertikaikan kesesuaian peranan beliau dengan institusi istana dalam hal ehwal agama Islam.

Tangkap layar ulama itu memakai topi berwarna biru dalam video berkenaan

Justeru katanya, warkah berundur diri daripada menyandang gelaran itu disampaikan sebagai menginsafi perkara itu jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.

“Keputusan ini, saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan baginda sultan tidak dicacatkan, begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari.

“Saya memilih tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan (berhubung isu tular) yang boleh mencetuskan berdebatan berpanjangan yang tidak memberikan sebarang manfaat,” jelasnya dalam warkah itu.

Pada 2 Mei lalu, pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yasin telah memuat naik tangkapan layar daripada video berdurasi tiga minit 24 saat itu memaparkan imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita di sebuah kelab malam.

Lelaki berkenaan didakwa merupakan salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam.

(Visited 993 times, 1 visits today)

COMMENTS