Gempar!! Ahli parlimen Sri Aman umum keluar PSB?
Gempar!! Ahli parlimen Sri Aman umum keluar PSB?

Gempar!! Ahli parlimen Sri Aman umum keluar PSB?

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat mengumumkan keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB) serta merta dengan alasan ketidakstabilan politik negara sebagai salah satu sebab keputusan itu dibuat.

Dalam kenyataan hari ini, Masir, yang juga ahli Majlis Presiden PSB, berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pengundi di kawasannya.

Katanya, ketidakstabilan politik telah merosakkan ekonomi negara, kemajuan pembangunan dan menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya ini adalah langkah terbaik dan masa untuk kita ketepikan soal politik dan memberi tumpuan kepada usaha menstabilkan negara.

“Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob komited untuk menjaga kehidupan rakyat dan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat ketika waktu sukar.

“Oleh itu, saya memberikan sokongan penuh kepada perdana menteri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut sebarang rancangan untuk kembali kepada partinya sebelum ini, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Katanya, beliau kini adalah Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan sekarang.

PRS adalah salah satu daripada parti komponen gabungan pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Masir keluar PRS dan menyertai PSB pada Mac 2019 kerana mendakwa ingin bersama parti yang boleh menyatukan semua kaum di Sarawak.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri dalam negeri ketika itu berkata, PSB adalah parti dan platform terbaik untuk berjuang demi komuniti Dayak di Sarawak.-FMT

Baca Juga:

Gempar!! PSB umum kerjasama dengan Warisan?

Panas!! Musa Aman ‘Comeback’, berganding dengan Bung Moktar?

(Visited 22 times, 1 visits today)

COMMENTS