GEMPAR!! Harga barang naik sebab rasuah berleluasa?
GEMPAR!! Harga barang naik sebab rasuah berleluasa?

GEMPAR!! Harga barang naik sebab rasuah berleluasa?

APABILA Transparency International (TI) mengumumkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga 57 pada tahun 2020, ia menimbulkan pelbagai persepsi terhadap negara ini.

Persepsi mudah yang dapat dinilai, ia menunjukkan amalan rasuah di negara ini semakin meningkat.

Mengaitkan indeks rasuah yang tinggi itu mengingatkan kita dengan kata-kata Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim bahawa rasuah merupakan punca utama kenaikan kos sara hidup dan barangan di negara ini.

Laporan itu diterbitkan pada 25 Februari 2014 menerusi Wacana ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ anjuran Sinar Harian.

Dalam laporan itu, Allahyarham menegaskan pentingnya rakyat menentang monopoli perniagaan serta budaya korupsi yang menebal dalam sistem perniagaan di negara ini supaya sebaran kekayaan lebih menyeluruh dan adil.

Melihat kepada kenyataan ini, tidak hairanlah kenaikan mendadak harga barang dan kos sara hidup ini antara punca besar ialah gejala rasuah yang semakin menular di negara ini.

Sehubungan itu, kerajaan perlu terlebih dahulu membersihkan gejala korupsi ini sebaik mungkin di semua peringkat atau di semua rantaian pengeluaran, pengumpulan dan akhirnya di tangan peniaga agar harga barangan terus dikawal demi kebajikan pengguna dan masyarakat.

Tiada gunanya memperkenalkan akta, peraturan atau dasar kawalan harga di peringkat penguatkuasaan jika akar umbi masih bergelumang dengan rasuah.

Cadangan kerajaan untuk menyuntik subsidi dan kelonggaran cukai dilihat hanya penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan sementara kenaikan harga barangan.

Dalam konteks ini, jika kerajaan gagal menangani rasuah, maka sekali gus dilihat gagallah usaha mengawal harga barang mentah utama yang sering dikaitkan dengan barang makanan. Walaupun terdapat faktor lain kenaikan harga seperti peningkatan inflasi, geopolitik serantau dan perubahan iklim semasa.–SH

(Visited 16 times, 1 visits today)

COMMENTS