Gempar!! Isham Jalil mahu saman Sanusi ?
Gempar!! Isham Jalil mahu saman Sanusi ?

Gempar!! Isham Jalil mahu saman Sanusi ?

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor jika beliau gagal memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya dalam tempoh 48 jam berhubung dokumen “PASLeaks” yang tersebar.

Beliau berkata, jika Sanusi faham mengenai undang-undang, sudah pasti pengarah pilihan raya PAS Pusat itu tidak akan terlepas cakap dengan menuduh minit mesyuarat itu “mungkin ditulis” olehnya, yang dikatakan mempunyai kepentingan atas pendedahan dokumen itu.

Baca Juga : Tohmahan terhadap hakim melampui batas

Katanya, walaupun Sanusi menggunakan perkataan “mungkin”, ia tidak melepaskannya daripada kesalahan memfitnah.

“Tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada undang-undang jika mereka memfitnah, tidak kira sama ada orang biasa mahupun menteri besar. Undang-undang tidak mengira status atau jawatan,” kata Isham di Facebook.

“Saya beri tempoh 48 jam kepada Sanusi untuk meminta maaf kepada saya dan menarik balik apa yang dia kata. Jika tidak saya akan mempertimbangkan tindakan selanjutnya termasuklah tindakan saman seperti yang disarankan oleh netizen.”

Pada sidang media semalam, Sanusi berkata, beliau percaya dokumen tersebut dibuat oleh laskar siber pihak tertentu yang mahu mendapatkan manfaat daripada kewujudannya.

“Contohnya, Ketua Penerangan BN Isham Jalil yang ‘dok’ desak Samsuri (Ahmad Samsuri Mokhtar) buat sumpah laknat dan sebagainya. Isham ada kepentingan atas dokumen itu dan dia sedang menggunakan dokumen tersebut.

“Orang macam itu ada potensi untuk buat dokumen tersebut,” katanya.

Minggu lepas, Isham mencabar Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga menteri besar Terengganu bersumpah bahawa partinya tidak merancang untuk menjatuhkan pemimpin Umno.

“Kalau semua perkara yang dalam minit mesyuarat itu tidak betul, suruh dia buat sumpah laknat,” kata Isham kepada FMT.

Samsuri sebelum itu menafikan wujudnya pakatan untuk menjatuhkan pemimpin Umno susulan laporan mengenai penularan dokumen yang dikatakan minit mesyuarat parti itu.

Dalam pada itu, Isham berkata, beliau menyarankan dua menteri besar itu mengangkat sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terlibat seperti disebut dalam minit mesyuarat itu dan beliau juga akan turut bersumpah bahawa tuduhan terhadapnya adalah tidak benar.

“Namun saya rasa, Sanusi juga seperti Samsuri akan takut untuk bersumpah laknat. Sebab jika mereka tipu, mereka tahu mereka akan dilaknat di dunia dan akhirat.

“Oleh kerana saya tahu Sanusi akan takut untuk bersumpah laknat dan akan mencari pelbagai alasan untuk mengelak seperti juga Samsuri, saya setuju dengan saranan netizen dan saya akan membuat laporan polis esok dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kesalahan fitnah Sanusi tersebut,” katanya.

Baca Juga : Sanusi tak mahu Pas sertai ‘Khemah Besar’ libatkan PKR dan DAP

(Visited 315 times, 1 visits today)

COMMENTS