GEMPAR!! Jumlah mata pelajaran akan dikurangkan, elak isu beg sekolah berat?
GEMPAR!! Jumlah mata pelajaran akan dikurangkan, elak isu beg sekolah berat?

GEMPAR!! Jumlah mata pelajaran akan dikurangkan, elak isu beg sekolah berat?

PETALING JAYA: Bekas pemimpin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyarankan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) supaya merombak sukatan pelajaran sekolah rendah agar lebih efektif mengikut peredaran masa selain tidak membebankan guru.

Kamarozaman Abd Razak, yang pernah menjadi Presiden kesatuan itu berkata, langkah itu adalah salah satu penyelesaian kepada isu beg sekolah berat yang dikaitkan dengan masalah tulang belakang pelajar.

“Kerajaan perlu merombak sukatan pelajaran yang lebih efektif ikut zaman, tidak padat seperti sekarang, terlalu banyak tajuk hingga tak boleh habis diajar oleh guru. Paling penting murid faham bukan habis sukatan.

“Selain itu, wujudkan jadual waktu anjal, dua minggu sekali ubah subjek, jadi setiap hari tak padat subjek yang diajar,” katanya kepada FMT.

Kamarozaman turut mencadangkan supaya jumlah mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dikurangkan dengan memberi tumpuan utama kepada subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Agama, Seni, Pendidikan Jasmani, Sains dan Matematik.

“Atau sepadukan antara subjek, khasnya sekolah rendah untuk lebihkan amali serta kemahiran. Kini terlalu banyak subjek, beban pada murid, ikut negara New Zealand dan Australia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau bersetuju dengan cadangan mewujudkan lokar di sekolah dan ia perlu dibantu oleh kerajaan.

“Mungkin kerajaan boleh bantu sedia peruntukan secara menang-menang 50% kerajaan tanggung dan 50% lagi ibu bapa.

“Malah mungkin boleh isytiharkan tolak cukai hasil bagi penaja, penderma lokar di sekolah oleh kerajaan, guna swasta, GLC. Mungkin juga penderma untuk dana Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) boleh ditolak cukai hasil oleh kerajaan, pasti ramai orang nak derma khasnya swasta, korporat,” katanya.–FMT

(Visited 13 times, 1 visits today)

COMMENTS