Gempar!! Khairuddin umum masuk Umno?
Gempar!! Khairuddin umum masuk Umno?

Gempar!! Khairuddin umum masuk Umno?

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berpegang teguh dengan pendiriannya dan secara tegasnya tidak akan menyertai UMNO susulan tindakannya keluar daripada Pas, baru-baru ini.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu berkata, ramai rakan dalam Pas telah memberi pandangan termasuk memujuknya kembali kepada parti Pas.

Namun buat ketika ini, beliau belum memikirkan lagi untuk kembali kepada parti itu kerana mempunyai perancangannya sendiri.

“Saya tegaskan saya tidak akan masuk UMNO.

“Ya, biasalah dalam keadaan begini memang ramai yang datang, beri pandangan bertanya khbar tapi saya ada prinsip sendiri saya akan umumkan nanti iaitu bergerak ke hadapan selepas istikharah berbincang dengan kawan saya akan umumkan,” katanya.

Isnin lalu Mohd Khairuddin mengumumkan keluar daripada Pas berkuat kuasa serta-merta.

(Visited 40 times, 1 visits today)

COMMENTS