GEMPAR!! Menteri Agama 'tolong' jawab isu hutang 1MDB?
GEMPAR!! Menteri Agama ‘tolong’ jawab isu hutang 1MDB?

GEMPAR!! Menteri Agama ‘tolong’ jawab isu hutang 1MDB?

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menjawab soalan yang dikemukakan berhubung isu pembayaran hutang 1MDB dan SRC International yang sepatutnya dijawab oleh Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan dan dua lagi timbalannya dilihat tidak hadir persidangan ketika perkara berbangkit itu ditimbulkan Ahli Parlimen.

Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena), memberitahu Speaker Dewan Rakyat bahawa penukaran menteri itu sebagai “tidak betul”.

Kenyataan itu kemudian disokong Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang mempersoalkan: “Mana menteri dan dua timbalan menteri (bila kita) membayar mereka mahal (gaji)?”

Walaupun berdepan hentaman daripada blok pembangkang, Idris terus memberikan penjelasan berhubung status pembayaran hutang 1MDB dan SRC International ketika menjawab pertanyaan Karupaiya Mutusami (PH-Padang Serai).

Beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), sudah menyalurkan pembayaran pinjaman dan pendahuluan berjumlah RM10 bilion bagi membayar komitmen 1MDB dan faedah hutangnya bermula April 2017 hingga November tahun lalu.

Selain bantuan kewangan langsung daripada kerajaan, Idris berkata, faedah hutang 1MDB juga dibayar menggunakan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset yang ditubuhkan bawah Kementerian Kewangan.

Idris berkata, pada 28 Februari, nilai aset 1MDB yang diperoleh semula – dalam bentuk mata wang luar seperti USD, SD (dolar Singapura) dan AUD (dolar Australia) – adalah RM19.14 bilion. Sejumlah RM3.31 bilion daripada akaun amanah itu sudah digunakan bagi tujuan membayar faedah bon 1MDB.

Katanya, kerajaan masih perlu menanggung kekurangan RM17 bilion untuk menyelesaikan baki faedah dan prinsipal 1MDB berjumlah RM38.8 bilion bagi tempoh 2022 hingga 2039.

Mengulas berhubung pembayaran dibuat SRC International, Idris berkata, syarikat berkenaan sudah membayar RM314.72 juta bermula 2014 hingga 28 Februari tahun ini kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), membabitkan nilai keseluruhan melebihi RM5.05 bilion.

Pembayaran akhir kepada KWAP, berjumlah RM610.22 juta, dijadual dibuat pada 28 Mac dan semua pembayaran dibuat oleh kerajaan membabitkan sumber kewangannya.–FMFG

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS