Gempar!! Rusia dan Ukraine akan berperang?
Gempar!! Rusia dan Ukraine akan berperang?

Gempar!! Rusia dan Ukraine akan berperang?

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta semua orang untuk mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan secara serentak pada hari Rabu. Ini selepas sebilangan media Barat percaya bahawa Rusia bakal menyerang negara itu pada 16 Februari ini, walaupun tanpa sumber yang jelas.

“Mereka memberitahu kami bahawa 16 Februari akan menjadi hari serangan. Kami akan menjadikannya sebagai hari persatuan,” kata Zelensky dalam satu ucapanya seperti yang dilaporkan oleh Upi.

“Mereka cuba menakutkan kami dengan menyebut tarikh mula tindakan ketenteraan (Rusia). Pada hari itu, kami akan menaikkan bendera negara kami, memakai sepanduk kuning dan biru (warna bendera Ukraine) dan menunjukkan kepada seluruh dunia kami perpaduan,” tambahnya.

Pejabat Zelenskiy mengeluarkan arahan yang menyeru semua kampung dan bandar di Ukraine untuk menaikkan bendera negeri pada hari Rabu, dan seluruh negara menyanyikan lagu kebangsaan pada pukul 10 pagi.

Manakala Kementerian Luar Negeri Malaysia merayu kepada rakyat Malaysia di Ukraine supaya segera melaporkan kepada kedutaan.

“Wisma Putra (Kementerian Luar Negeri Malaysia) menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Ukraine dan belum berdaftar dengan Kedutaan Malaysia untuk segera menghubungi dan mendaftar dengan kedutaan,” kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah di Putrajaya, semalam.

Kementerian Luar Negeri sedang memantau perkembangan terkini di Ukraine terutama berkaitan keselamatan 20 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan itu, lapor NST.

Gesaan itu dibuat bagi menindaklanjuti kebimbangan serangan Rusia ke atas Ukraine selepas banyak negara mengurangkan bilangan kakitangan diplomatik dan menggesa rakyat mereka meninggalkan negara itu dengan segera.

Sebelum ini, Amerika Syarikat juga telah memindahkan operasi kedutaannya di Kiev ke barat Bandar Lviv. Menteri Luar, Antony Blinken berkata, pemindahan itu dibuat setelah melihat situasi yang memanas di antara Rusia dan Ukraine.

Selain itu, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut melakukan hal yang sama apabila memindahkan sementara beberapa kakitangannya. Dalam satu notis pendek, Bank Dunia berkata ia telah menggantung sementara misi di Ukraine dan memantau dengan teliti perkembangan keadaan di sana.-thevocket

(Visited 44 times, 1 visits today)

COMMENTS