Gempar! Sprm Siasat KJ, Muhyiddin dakwaan terima wang UKSB
Gempar! Sprm Siasat KJ, Muhyiddin dakwaan terima wang UKSB

Gempar! Sprm Siasat KJ, Muhyiddin dakwaan terima wang UKSB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap beberapa individu yang disebut dalam perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut kenyataan dikeluarkan agensi antirasuah itu malam tadi, mereka terdiri daripada nama-nama yang disebut saksi yang dikatakan telah menerima wang dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri terbabit beberapa hari lalu.

Baca Juga: Pegawai Bank Sahkan hampir USD670 Juta masuk dalam akaun Najib

Nama-nama berkenaan, menurut saksi pendakwaan, berada dalam lejar yang dibayar syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sama seperti Ahmad Zahid.

Setakat ini, tiada daripada nama yang disebutkan itu disiasat atau didakwa.

Terdahulu, saksi pendakwaan, David Tan yang merupakan bekas pengurus pentadbiran UKSB, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selain ahli parlimen Bagan Datuk tersebut, UKSB juga melakukan pembayaran berjumlah RM1.3 juta kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada 2018 dalam tiga pembayaran berasingan.

Ketika itu Muhyiddin merupakan menteri dalam negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Selain Muhyiddin nama lain yang dikaitkan adalah ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican, Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein, Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dan bekas menteri luar Anifah Aman.

Menurut Tan berdasarkan lejer tersebut, UKSB membayar Khairy sebanyak RM3.7 juta, manakala mengikut laporan forensik SPRM, Reezal Merican mendapat antara RM200,000 dan RM300,000 daripada syarikat berkenaan.

SPRM berkata agensi itu juga memang ada menerima beberapa aduan berkaitan hal tersebut.

“SPRM mengesahkan menerima beberapa aduan terhadap individu-individu yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan,” katanya.

Tambah SPRM, siasatan berkenaan dijalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Kelmarin, Dato’ Lokman Adam, Presiden Laskar Siber Malaysia dan YB Sen Dato’ Sri Ali Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran dakwaan menerima sogokan berjumlah RM1.3 juta dari syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di Balai Polis Sungai Udang.

Ahmad Zahid kini berdepan 33 pertuduhan rasuah membabitkan S$13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB.-Buletin TTKM-

Kenyataan penuh SPRM:

SPRM SIASAT PENERIMA WANG YANG DISEBUT OLEH SAKSI KES AHMAD ZAHID

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap penama-penama yang dikatakan telah menerima wang seperti disebut oleh saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

SPRM juga mengesahkan telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

Siasatan yang akan dijalankan adalah mengikut bidang kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

https://www.facebook.com/photo/?fbid=392699209557376&set=a.224975769663055

(Visited 177 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )