Gempar!! Tun M tubuh Gerakan Pejuang Nasional?
Gempar!! Tun M tubuh Gerakan Pejuang Nasional?

Gempar!! Tun M tubuh Gerakan Pejuang Nasional?

Tular poster di media sosial melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik minat penganalisa politik.

Menurut Facebook Politik Malaysia Terkini, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu dikatakan dalam usaha untuk menubuhkan satu gabungan baharu politik negara diberi nama Gerakan Pejuang Nasional (GPN).

“Dr. Mahathir akan wujudkan Gerakan Pejuang Nasional (GPN) di kalangan parti-parti pembangkang,” tulis poster berkenaan.

Difahamkan antara gabungan parti-parti itu adalah Pejuang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Piagam Rakyat, Pas, Gerakan dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri itu menjangkakan wujud pakatan antara parti-parti politik bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

(Visited 45 times, 1 visits today)

COMMENTS