Ghairah berbagi ghanimah, namun gagal uruskan pandemik
Ghairah berbagi ghanimah, namun gagal uruskan pandemik

Ghairah berbagi ghanimah, namun gagal uruskan pandemik

Kerajaan Pas Kedah hari ini menerima cemuhan dan kritikan daripada netizen apabila gagal membuat apa-apa keputusan dalam menghadapi krisis Covid-19 yang melanda negeri ini.

Menerusi tinjauan di facebook Warta Kedah, iaitu portal rasmi kerajaan negeri, rata-rata penduduk mencemuh kerajaan pimpinan Menteri Besar, Sanusi Md Nor itu sebagai kerajaan yang gagal.

Tidak kurang juga mereka menempelak menteri besar hanya tahu bercakap soal projek balak dan berbahagi jawatan sesama rakan dalam parti sahaja.

Terdapat juga netizen yang membandingkan cara pengurusan kerajaan Kedah yang lama (pimpinan Mukhriz) yang lebih cepat dan pantas membuat keputusan berkaitan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan berbanding kerajaan sekarang yang lemah dalam segala hal.

Sanusi juga pada sidang media yang sama hari ini mengakui perlantikan Ketua Pemuda Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin sebagai ahli lembaga pengarah Bina Darulaman Berhad, iaitu salah sebuah GLC milik kerajaan negeri Kedah. Perlantikan itu mengundang kritikan ramai kerana menteri besar pada 17 Mei lalu memberi jaminan, tiada lantikan politik ke dalam GLC negeri.

Kenyataan itu sekaligus mengundang kritikan apabila dalam sidang media yang sama hari ini, Sanusi gagal membentangkan apa-apa langkah yang membabitkan bidang kuasa kerajaan negeri sebaliknya menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hantaran berita itu kemudiannya telah dipadamkan oleh pentadbir laman tersebut berikutan lambakan kecaman dan maki hamun yang diterima kerajaan negeri pimpinan Pas itu.

(Visited 27 times, 2 visits today)

COMMENTS