Giliran Bank dan Syarikat besar mana akan tutup Operasi?, selepas CITIBANK dan HSBC

Giliran Bank dan Syarikat besar mana akan tutup Operasi?, selepas CITIBANK dan HSBC

Semalam baca berita HSBC akan menutup 13 cawangannya..Jika PKP pertama, Kedengaran syarikat berkaitan pembuatan, Perkilangan seperti Hyundai, Sony, Toyo Tyres(Silverstone) menutup dan memindahkan Operasi, kali ini lebih membimbangkan bila Syarikat berkaitan Perkhidmatan dan Perbankkan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Banyak Syarikat yang berpengkalan di luar Malaysia terlibat dalam sektor Perkhidmatan seperti Perbankkan..Banyak syarikat luar yang terlibat dalam Pembinaan,Perakaunan, Insurans, Oil & Gas dan IT melakukan outsourcing atau Penyumberan luar di Malaysia.. Jika sektor ini ditutup mungkin krisis pendapatan Rakyat lebih parah.

Jika sektor perkilangan ditutup…Mungkin yang kehilangan kerja warga asing, Atau buruh yang berpendapatan rendah bergaji RM 1-2 ribu.. Nampak ramai, tapi kesannya tidak begitu besar. gTetapi jika sektor Perkhidmatan dibuang kerja, ramainya dari kalangan yang mempunyai pendidikan dan pendapatan tinggi. Malah beban liabiliti hutang rumah dan kenderaan depa pun tinggi. Sebagai contoh Pegawai Bank biarpun ada VSS atau MSS yg mampu bertahan untuk tempoh 6-12 bulan tanpa pekerjaan.

Kat KL tu banyak syarikat yang berpengkalan dari US,Jepun,New Zealand yang buat outsourcing kerja depa sebab kos buruh dan operasi yang murah..ada yang bergaji dari 4-5 ribu Sebulan..ramai dari kenalan aku sendiri yang bekerja dengan Syarikat mereka sudah ditamatkan perkhidmatan..Bayangkan jika dari dasar Kerajaan ini mereka memindahkan Operasi sebagaimana alasan Digitalisasi HSBC..Apa kesannya ? Jauh lebih teruk.

Itu sebab dasar Kerajaan itu penting! Tak semudah kita kata tutup semua Perniagaan.. Buat total Lockdown, buat Moratorium atau apa pun dasar tak boleh dibuat sewenang wenangnya..ia melibatkan kesan kewangan dan Pelaburan dan akhirnya menjejaskan pendapatan dan pekerjaan rakyat. Bukan semudah kata, tutup lah Ekonomi. Tidak.

Kerajaan kena bagi jaminan. Seperti kritikan Rafidah Aziz semalam menyentuh pelan pemulihan..Bagi Syarikat luar, tempoh pandemik dan ketika Covid-19 alasan paling kukuh ni mereka meninggalkan Malaysia. Jadi jangan mangsakan Rakyat, Bila penyumberan luar mereka di Malaysia tidak lagi efektif, Mereka ada destinasi lain seperti Indonesia dan Vietnam.

Kisah HSBC itu hanya gambaran awal sebelum bencana Ekonomi lebih besar melanda Negara, Bagi yang jenis tak faham ekonomi hanya nampak Moratorium , BPN dan I-Sinar untuk membeli jiwa orang melayu, Bagi seorang pemimpin yang bertanggungjawab memikir soal kesinambungan Pendapatan dan Pekerjaan untuk Rakyat.

Terbukti Dasar Populis dengan menabur wang ala Mahiaddin degnan Moratorium, dengan I-Sinar dan Lestari, BPN bukan lah dasar yang baik dan beri kesan baik bagi rakyat biarpun Kerajaan berhabis lebih 600 Billion. Itu sebab PH perlu keluar dari bayangan Ekonomi sampah dan Populis dari PN mahupun Najib.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )