
GKKSPPA SUMBANG BARANGAN KEPERLUAN BERNILAI RM20,500 BANTU KELUARGA TERJEJAS AKIBAT COVID-19.
ALOR SETAR – Gabungan Kontraktor Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Utara (GKKSPPA) hari ini menyumbangkan barangan makanan dan keperluan asas berjumlah RM20,500 kepada kerajaan negeri untuk diagih-agihkan kepada golongan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani COVID-19.
Presidennya, Ahmad Tarmizi Mohd Saad berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan ahli-ahlinya terhadap ujian dihadapi segelintir masyarakat di negeri ini.
“Sumbangan ini juga sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat dalam penyediaan barang-barang keperluan harian menjelang Ramadan tidak lama lagi.”
“Keperluan Asas ini terdiri dari 11 barangan meliputi beras, gula, kopi, teh, bihun, sardin dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir di Wisma Darul Aman petang tadi.