Golongan peniaga harap kerajaan tidak terlepas pandang dalam RMK-12
Golongan peniaga harap kerajaan tidak terlepas pandang dalam RMK-12

Golongan peniaga harap kerajaan tidak terlepas pandang dalam RMK-12

KANGAR:Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini dinanti-nantikan banyak pihak yang berharap ia menjadi pelan ekonomi yang inklusif bagi semua golongan.

Ramai berharap, ia dapat membawa negara keluar daripada kemelut krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi ketika ini.

Di sekitar Perlis hari ini, mendapati antara yang meletakkan harapan tinggi adalah golongan peniaga yang berharap tumpuan dalam perancangan lima tahun itu turut memberi manfaat kepada mereka.

Pegawai syarikat swasta, Pengiran Muhammad Adil Awang, 32, berkata bantuan perlu terus diberikan terhadap golongan peniaga kecil untuk terus bertahan dan seterusnya memajukan perniagaan.

“Harapan kami agar kerajaan teruskan membantu rakyat termasuk peniaga bukan di masa pandemik sahaja tapi juga sepanjang masa.

“Kami juga mengharapkan kerajaan boleh sediakan pelan khas untuk peniaga kecil seperti kami untuk berdiri sama tinggi dengan dengan peniaga besar,” katanya.

Pengusaha makanan sejuk beku, Siti Norasyikin Ali, 50, berharap ada perancangan khas yang membolehkan kerajaan mengawal harga barangan keperluan rakyat.

“Minta kerajaan kawal harga barang sebab kami pun agak terjejas apabila harga naik kerana pelanggan kurang membeli.

Orang pun ekonomi meleset jadi mereka tidak membeli, jadi sebagai peniaga kami kerugian apabila tiada jualan.”Sedangkan kami juga perlu membayar banyak komitmen lain,” katanya.

Peniaga ayam, Mohd Shamili Md Diah, berkata sebagai peniaga kecil, dia berharap lebih banyak bantuan terus berbentuk suntikan kewangan dapat disalurkan kepada mereka.”Kami memang terjejas ketika pandemik terutama ketika penutupan sektor ekonomi sebelum ini.

Kos juga meningkat apabila kebenaran berniaga diberikan semula.”Jadi harap sangat golongan peniaga macam kami tidak terlepas pandang dan diberi bantuan sewajarnya,” katanya. —BA

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS