Haaland ditawarkan gaji tertiinggi oleh CITY di EPL
Haaland ditawarkan gaji tertiinggi oleh CITY di EPL

Haaland ditawarkan gaji tertiinggi oleh CITY di EPL

Manchester City dilaporkan bersedia menjadikan Erling Braut Haaland sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL) jika penyerang itu bersetuju menyertai mereka di Stadium Etihad pada musim panas.

Skuad The Citizens dipercayai mendahului persaingan untuk mendapatkan tandatangan pemain berusia 21 tahun itu, disamping saingan daripada gergasi La Liga, Barcelona dan Real Madrid yang turut berminat mendapatkan sentuhan pemain itu.

Menurut laporan Daily Mail, Man City dan wakil Haaland sudah mengadakan perbincangan mengenai syarat peribadi dan penyerang itu dijangka ditawarkan gaji £500,000 (RM2.7 juta) mingguan jika memilih untuk berpindah ke England pada musim panas.

Laporan itu menambah keputusan mengenai potensi perpindahan membabitkan pemain kebangsaan Norway dari Borussia Dortmund mungkin dapat diputuskan dalam tempoh sebulan lagi.

Ketika ini gaji tertinggi membabitkan pemain Liga Perdana dipercayai milik Kevin De Bruyne dan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, yang kedua-duanya menerima sekitar £385,000 (RM2.1 juta) mingguan tetapi potensi gaji yang ditawarkan Haaland itu bakal menjadikan dia menerima gaji paling tinggi.

(Visited 42 times, 1 visits today)

COMMENTS