Hafiz Mahamad Terkandas Dalam Banjir, Tetap Terus Hulur Bantuan

Hafiz Mahamad Terkandas Dalam Banjir, Tetap Terus Hulur Bantuan

Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, banyak kawasan dinaiki air sehingga memutuskan jalan penghubung utama.

Hafiz Mahamad, Usahawan terkenal dan sekeluarga juga didapati terkandas di sekitar Kuala Lipis dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Semalam, Hafiz Hamad dan keluarga telah dibantu oleh penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan keperluan anaknya. Meskipun ditimpa kesusahan, dia yang dikenali dengan sifat pemurah juga suka membantu orang lain yang mengalami nasib sama seperti dirinya.

Menerusi posting di instagram hari ini dia dilihat berjalan ke hulu ke hilir meredah banjir untuk melawat kawasan-kawasan terjejas dan pusat penempatan serta menghulurkan bantuan makanan.

Selain itu, usahawan tersebut juga ada menempah beberapa buah ‘homestay’ bagi individu yang terkandas seperti dirinya.

Meninjau di ruangan komen, netizen amat terharu melihat perkongsian Hafiz serta mendoakan agar dia sekeluarga dimurahkan rezeki.

Orang yang bahagia, orang yang membahagiakan orang

Semoga Allah memberkati rezeki Hafiz

Semoga Allah memudahkan urusan Hafiz Mahamad dan Keluarga serta memberkati rezeki yang diperolehinya.

Baca Juga : 8 Destinasi Makan Sedap Dan Murah Di Alor Setar

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )