Hamzah 'blur' tersalah masuk program BN?
Hamzah ‘blur’ tersalah masuk program BN?

Hamzah ‘blur’ tersalah masuk program BN?

PELIK tetapi benar! Begitulah terjadi kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang tersilap hadir ke program Barisan Nasional (BN) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin rancak.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial hari ini, Menteri Dalam Negeri itu menyangka beliau hadir ke program anjuran Perikatan Nasional (PN), namun sebaliknya masuk ke majlis parti lawan.

“Malu besar SUA Bersatu hari ini. Silap masuk majlis. Program BN sedang dihadiri oleh Datuk Seri Reezal Merican (Naina Merican) tiba-tiba Hamzah sampai dan terus masuk dalam Dewan. Terpinga-pinga dia.

“Nampak sangat gagalnya dia dengan pegawainya.. Dahlah kempen guna rider yang bersiren bagai, jadual kempen, tempat pun salah,” komen penyokong BN, Rafi Awang Kechik.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Hamzah bergegas meninggalkan tempat program ketika hujan lebat.

“Yang paling menarik adalah payung BN yang payungkan dia, patut biarkan basah je!,” komen netizen.

Bagaimanapun, tidak disertakan nama serta lokasi di mana kejadian itu berlaku. – Malaysiapost

(Visited 58 times, 1 visits today)

COMMENTS