Hamzah Zainuddin ‘pembunuh’ demokrasi di Malaysia

Hamzah Zainuddin ‘pembunuh’ demokrasi di Malaysia

Alor Setar – Runtuhnya kerajaan pilihan rakyat yang didalangi oleh ahli parlimen Umno yang melompat ke Bersatu, YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin memberikan tanggapan buruk terhadap amalan demokrasi di Malaysia terutama kepada generasi muda.

Perkara demikian ditegaskan oleh Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara, Ust. Ridzwan Abu Bakar. Tambah beliau lagi, Langkah Sheraton dan yang terkini Langkah Sabah yang sedang berlaku, boleh menyentap semangat golongan muda untuk melibatkan diri di dalam amalan demokrasi kerana nilai integriti yang sudah hilang.

Ust. Ridzwan Abu Bakar

“Bagaimana anak muda kita yang belajar atau bekerja di luar negara, sanggup balik untuk mengundi dan meraikan demokrasi, dengan usaha mereka ini serta seluruh rakyat, berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia lebih 60 tahun. Tiba-tiba kejayaan itu direntap melalui pasar borong wakil rakyat, mereka dilihat boleh dilelong secara tidak bermaruah dan menatijahkan tumbangnya kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Bayangkan betapa kecewanya mereka ini setelah sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan pulang mengundi.”

Katanya lagi, “Semua parti politik harus berwaspada dengan watak jahat seperti ini dan rakyat harus memastikan pemain politik seperti Hamzah Zainuddin ini dilenyapkan dari peta demokrasi negara.”

Ust. Ridzwan berkata demikian ketika ditemui selepas program siaran langsung Tanweer Darulaman di Studio The Perspektif malam ini.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )