"HANYA REKAAN SEMATA-MATA"
“HANYA REKAAN SEMATA-MATA”

“HANYA REKAAN SEMATA-MATA”

Minggu ini tular di media sosial bahawa salah seorang Adun yang jugak merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah menyokong kempimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 dan menyokong pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional.

Menerusi sumber di Facebook Firdaus Ahmad FC, gambar yang tular menyatakan bahawa beliau menyokong pihak perikatan nasional adalah tidak benar.

“Saya merasakan bahawa gambar tular mengenai saya menyokong Perikatan Nasional adalah tidak sepatutnya berlaku kerana Parti Bersatu (PPBM) sememangnya berada didalam Perikatan Nasional, namun saya mengikut arahan parti dan kepimpinan parti dimana YAB Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar kedah merangkap pengerusi parti bersatu kedah (PPBM) dan saya juga menyokong YAB Tun Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Bersatu Malaysia. (PPBM).

“Malahan Perdana Menteri ke -8 juga adalah presiden Parti Bersatu (PPBM), jadi tak wajarlah isu ini di mainkan dan boleh menjejaskan hubungan yang dijalinkan diperingkat kerajaan negeri antara Bersatu dan PH.

“Isu ini sengaja dimainkan oleh pihak yang ingin merampas Kerajaan Negeri Kedah dan menubuhkan Kerajaan dalam keadaan yang terdesak.”

Firdaus berkata lagi, tetapi sekiranya terdapat arahan yang jelas daripada Parti Bersatu (PPBM), maka saya perlu berbincang dan mendapatkan pandangan daripada org yang membawa saya kedalam arena politik iaitu YAB Tun Dr Mahathir, dan Dato Sri Utama Mukhriz sebelum saya melakukan sebarang keputusan.

“Sebarang keputusan haruslah memikirkan banyak pihak terutamanya ianya berkait dengan kepercayaan rakyat kepada saya dan mandat yang diberikan kepada saya untuk memimpin”, katanya.

Pada masa ini, pas sedang memujuk dan mendesak beberapa adun supaya menyokong perikatan Nasional dan seterusnya membentuk Kerajaan di Negeri Kedah ini.

(Visited 25 times, 1 visits today)

COMMENTS