Harga Minyak Akan Turun Jika Saya Jadi Perdana Menteri - Anwar
Harga Minyak Akan Turun Jika Saya Jadi Perdana Menteri – Anwar

Harga Minyak Akan Turun Jika Saya Jadi Perdana Menteri – Anwar

Presiden PKR, Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan harga minyak akan turun sekiranya beliau diangkat sebagai Perdana Menteri.

“Kalau kita berjaya kali ini, janji kita kepada rakyat, Insya Allah akan kita tunaikan semuanya”, ujar beliau.

Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional ke-16 PKR di Shah Alam hari ini, menegaskan ramai rakyat yang menyindir ucapan beliau sebelum ini,”Menang hari ini, turun minyak esok”.

Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak menjadi kenyataan kerana beliau sendiri tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kalau sekarang, dengan harga minyak sekarang, tidak ada sebab harga minyak tidak boleh turun”, ujar beliau.

Anwar mengkritik tindakan pemimpin negara ketika ini yang hanya memikirkan bagaimana ingin menyelamatkan kelompok korporat di atas.

“Ia berbeza dengan kita yang akan memikirkan cara menyelamatkan rakyat di bawah”, kata Anwar.

Sebelum itu, Anwar menyifatkan kehadiran Rafizi Ramli dalam saf kepimpinan parti selaku timbalan presiden umpama memberikan “Panadol” kepadanya.

Mengakui Rafizi sebagai seorang pemimpin yang ‘kontroversi’, Anwar berkata dia sangat mengenali bekas ahli parlimen Pandan itu dan tahu akan kebolehannya.

“Kadang-kadang pening saya. Saya bisik dia tadi awal- awal, aku ni Rafizi, lama dah dengan kamu ni. Janganlah tambahkan pening aku.

(Visited 162 times, 1 visits today)

COMMENTS