Harga petrol, diesel kekal

Harga petrol, diesel kekal

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 31 Okt hingga 6 Nov ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.64, RM1.94 dan RM1.74 seliter.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu, hari ini.

-Bernama

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )