Harry Maguire akhirnya bakal dijual?
Harry Maguire akhirnya bakal dijual?

Harry Maguire akhirnya bakal dijual?

Satu gosip yang mungkin akan menggembirakan peminat United, iaitu kelab itu dikhabarkan bersedia untuk menjual ketua pasukan mereka Harry Maguire pada musim panas. Pemain itu tidak berada dalam prestasi yang baik

Menurut laporan Maguire adalah pemain yang sedia untuk dilepaskan pada musim panas. Laporan itu juga mendakwa De Gea, Rashford, Ronaldo dan Cavani juga mungkin meninggalkan kelab itu pada jendela yang akan datang

Man United menandatangani Harry Maguie dengan harga 80 juta pound daripada Leicester City pada 2019. Dia juga diberikan lilitan kapten tetapi persembahannya semakin menurun dengan banyak membuat kesilapan

Sebelum ke Man United, jiran bising kelab Man City adalah pencabar United bagi mendapatkan Harry Maguire tetapi menarik diri selepas mengetahui tanda harga yang dikenakan oleh kelab itu

Dan dengan bangganya United menjadi kelab yang berjaya mendapatkkan pemain itu

Tetapi ianya tidak seindah disangka apabila hari demi hari ‘bakat’nya semaki terserlah dan memberikan United satu kekurangan dan bukan kelebihan

Bekas pertahanan United Paul Parker juga telah menggesa United untuk menjual Harry Maguire jika ada peluang. Pemain itu sudah dalam prestasi buruk dan percaya Lindelof dan Varane adalah pasangan nombor satu di United

“Jika United, pada pendapat saya, mahu mendapatkan wang mereka kembali daripada Maguire, mereka harus memikirkan tentang itu”

“Saya rasa Lindelod dan Varane, mereka berdua boleh membina sesuatu disana.. mungkin dalam mod apa yang mereka cari dan dimana kelab mahu berada”

“Anda bercakap tentang pemain yang pastinya lebih tangkas, pantas pertahanan yang baik dalam situasi satu lawan satu, dan saya fikir anda perlu melihatnya seperti itu”

“Saya tidak tahu sama ada ia akan berlaku, saya secara peribadi untuk United mara ke hadapan, itulah kawasan permulaannya”

“Tetapi sekali lagi senario lama yang sama anda tidak mahu pengurus masuk dan tiba-tiba dia masuk, dia mahu melakukan sesuatu dan kemudian dia berhenti, orang atasan menghalangnya daripada melakukan apa yang dia mahu lakukan dan kemudian United melalui cerita yang sama lagi”

(Visited 58 times, 1 visits today)

COMMENTS