'Ibarat Mourinho Malaya' - Ini Tiga Sebab Aidil perlu Kekal di Kedah
‘Ibarat Mourinho Malaya’ – Ini Tiga Sebab Aidil perlu Kekal di Kedah

‘Ibarat Mourinho Malaya’ – Ini Tiga Sebab Aidil perlu Kekal di Kedah

‘Mourinho Malaya’ itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Aidil Sharin Sahak atas apa yang beliau pamerkan sebagai pengurus skuad Kedah Darul Aman FC.

Mengapa beliau layak dianggap ‘Mourinho Malaya’? Ia kerana ada persamaan ketara antara kedua-dua pengurus ini walau taraf mereka bagai langit dengan bumi.

Baca Juga: Baddrol Bakhtiar luah rasa rindu pada Kedah?

Jose Mourinho merupakan seorang pengurus yang sangat pentingkan kemenangan dan beliau sama sekali tidak peduli dengan corak permainan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya.

Main cantik atau tidak itu perkara kedua, yang paling penting skuadnya perlu mencatatkan kemenangan.

Dalam erti kata lain, Aidil Sharin tidak mempunyai filosofi sendiri, namun beliau ada formula untuk menang.

Memetik laporan SemuanyaBola pencapaian Kedah sepanjang berada di bawah kendalian beliau, skuad Sang Kenari itu sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam carta saingan Liga Super.

Berikut Tiga Sebab Aidil perlu Kekal di Kedah:

Konsisten dalam kedudukan terbaik

Sejak beberapa musim kebelakangan ini, beliau senantiasa berjaya membantu Kedah untuk berada di kedudukan terbaik dan bermain di pentas bola sepak Asia.

Tidak kira apa saja yang berlaku dalam kem Kedah, Aidil Sharin tetap mampu untuk memimpin anak-anak buahnya dalam mencatatkan kemenangan demi kemenangan.

Bukti paling nyata boleh dilihat dari keputusan-keputusan yang berjaya dicatatkan oleh skuad Kedah sepanjang berada di bawah kendalian beliau.

Pada musim 2018, Kedah berjaya bangkit daripada aksi hambar sehingga berjaya kembali konsisten berada tangga teratas Liga Super

Bijak menjaga keharmonian bilik persalinan

Hal ini mungkin sedikit tidak sama dengan Jose Mourinho sebenar kerana ‘Mourinho Malaya’ bijak dalam mengawal keharmonian bilik persalinan.

Jika Mourinho sebenar kerap ada masalah dengan pemain dan pimpinan kelab, Aidil pula bijak menjaga hubungan beliau dengan semua pihak.

Lihat saja bagaimana beliau menangani isu berkait masalah tunggakan gaji skuad Kedah, Aidil jelas sekali mampu mengawal situasi dengan sangat cemerlang.

Baca Juga: Kedah mahu sambar 5 pemain baru-Aidil

Aidil sedia rombak Kedah dengan sambar 5 pemain pada jendela perpindahan pemain hujung bulan ini

Baik di depan media, mahupun aksi di atas padang, cara skuad Kedah pada ketika itu dilihat seolah-olah langsung tidak berdepan dengan masalah dalaman.

Pengurus setenang inilah yang diperlukan oleh kelab kerana beliau bijak dalam mengawal situasi.

Ada formula untuk menang

Seperti yang dinyatakan di atas, Aidil merupakan ‘Mourinho Malaya’ kerana beliau tidak ada filosofi sendiri, namun ada ramuan untuk bantu Kedah mencatatkan kemenangan.

Taktikal beliau boleh dikatakan sering dipertikaikan namun dengan taktikal sama juga beliau berjaya membantu Kedah untuk mencatatkan kemenangan demi kemenangan.

Baca Juga: Tak jadi singkir, Buschening dijangka kembali lebih awal perkuat Kedah?

Hal itu sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan kemampuan beliau kerana pada akhirnya, kedudukan Kedah dalam carta liga yang akan dilihat oleh semua pihak.

(Visited 1,555 times, 1 visits today)

COMMENTS