Ibu anak tiga maut jatuh buat lompatan ekstrem

Ibu anak tiga maut jatuh buat lompatan ekstrem

Malang nasib menimpa seorang wanita dikenali sebagai Yevgenia Leontyeva, 33, yang meninggal dunia akibat cedera selepas membuat lompatan ekstrem dari ketinggian 82 kaki. Kejadian tersebut berlaku Isnin yang lalu, di Kazakhstan dan punca kejadian dipercayai akibat kecuaian teknikal.

Dipercayai akibat masalah teknikal

Foto: Daily Star

Lapor Daily Star, mangsa dilihat tenang ketika berada di tepi bumbung sebuah hotel di Karaganda namun, tali yang diikat pada badannya didakwa tidak selamat sebelum dia membuat lompatan ke bawah. Susulan daripada lompatan itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan berikutan mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala namun, tak lama kemudian mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Mengulas lebih lanjut, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan seorang penerjun yang berpengalaman dan menerusi satu rakaman video dapat dilihat seorang lelaki yang cuba membetulkan tali pengikat yang berada pada badannya. Apa yang lebih mengerikan, badan mangsa juga dipercayai terseret lebih kurang 12 kaki sebelum terlanggar tembok yang berada di sekitarnya.

Pihak berkuasa jalankan siasatan

Foto: Daily Star

Saksi mendakwa lompatan tersebut dibuat oleh mangsa sebelum pihak pengendali mengikat tali di sebuah pokok. Tidak berakhir di situ, seorang lelaki juga dilaporkan jatuh selepas membuat terjunan tersebut.

Kini, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan jika sabit kesalahan penganjur boleh dikenakan denda penjara selama 40 hari. —Oh Bulan!

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )