Ibu meninggal ketika melahirkan bayi lelaki
Ibu meninggal ketika melahirkan bayi lelaki

Ibu meninggal ketika melahirkan bayi lelaki

Seorang bayi lelaki dijumpai masih hidup di sisi mayat ibunya di sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit di Jalan Parit, Kampung Piandang dekat Pusing, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, bayi itu dan mayat ibunya dijumpai pada pukul 6.45 petang selepas menerima maklumat awam.

Katanya, semasa ditemukan, mayat wanita tersebut ditutup dengan sehelai kain manakala bayi lelaki yang baharu dilahirkan telah dipotong tali pusat dan uri.

“Siasatan mendapati mangsa adalah wanita Indonesia yang dikenali sebagai Yanti Abas berusia 35 tahun dan dia dipercayai meninggal dunia semasa melahirkan bayi tersebut.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lima jam sebelum ditemukan dan dipercayai ada orang bersamanya semasa dia melahirkan bayi itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adnan, siasatan pasukan forensik polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan badan mangsa.

Katanya, tiada saksi dijumpai semasa pasukan polis tiba di lokasi kejadian untuk disoal siasat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai mangsa dan bayi yang dilahirkan.

“Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat manakala bayi lelaki tersebut pula dirujuk ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suami wanita itu atau warisnya.

“Kita telah memaklumkan kematian wanita itu kepada pihak Kedutaan Indonesia dan Interpol untuk dibawa balik ke negara asal bagi urusan pengebumian.

“Punca kematian masih belum diketahui dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Berita penuh : Utusan

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS