Ismail Sabri bagi 'hint' bila PRU-15 akan diadakan?
Ismail Sabri bagi ‘hint’ bila PRU-15 akan diadakan?

Ismail Sabri bagi ‘hint’ bila PRU-15 akan diadakan?

PERSOALAN mengenai bilakah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan masih menjadi teka-teki meskipun Barisan Nasional (BN) meraikan kemenangan berturut-turut dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Menjawab mengenai perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PRU15 akan diadakan apabila ‘sudah bersedia’.

“Setiap keputusan akan dibincangkan secara serius oleh parti. Kita tidak boleh adakan pilihan raya umum hanya kerana desakan sekumpulan kecil yang mahu ia dilakukan.

“Ada prosedur untuk ini. Apabila kita sudah bersedia dan masa yang sesuai, pilihan raya akan diadakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Kompleks Rakan Muda Bera, pada Ahad (13 Mac).

Ismail Sabri ditanya mengenai pilihan raya umum memandangkan BN pada masa ini mempunyai momentum.

Mengulas mengenai kemenangan BN di Johor, Ismail Sabri berkata ia sesuatu di luar jangkaan, yang disifatkannya kerana kemampuan rakyat membuat perbandingan.

“Barisan (BN) sebelum ini mentadbir selama 61 tahun dan tiada peluang untuk rakyat membuat perbandingan antara pentadbiran.

“Apabila berlaku pertukaran kerajaan, rakyat boleh melihat sendiri dan menilai janji-janji yang dilafazkan.

“Mereka kini boleh membandingkan mana kerajaan yang lebih baik yang mengambil berat dan membantu rakyat.

“Kini mudah untuk mereka membuat pilihan seperti yang dilihat di Melaka, Johor dan juga di Sarawak,” katanya lagi. – THE STAR

(Visited 18 times, 1 visits today)

COMMENTS