Isteri orang khalwat dengan duda 51 tahun
Isteri orang khalwat dengan duda 51 tahun

Isteri orang khalwat dengan duda 51 tahun

KULIM: Seorang wanita berstatus isteri orang ditangkap khalwat dengan duda berusia 51 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri, Padang Serai, hari ini.

Dalam pemeriksaan jam 1.54 pagi tadi, wanita 36 tahun itu ditemui bersembunyi di belakang pintu rumah milik lelaki berkenaan.

Ketua Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azwan Azman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di rumah itu sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.

Katanya, lelaki berkenaan bekerja sebagai pemandu van kilang, manakala wanita itu adalah operator pengeluaran di sebuah kilang di Prai, Pulau Pinang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki itu tinggal bersama anak lelakinya berusia belasan tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, manakala wanita itu tidak mempunyai anak,” katanya.

Azwan berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri menimbulkan syak mereka melakukan maksiat di rumah berkenaan.

Berikutan itu katanya, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Padang Serai dan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 2014.

Berita Penuh : BERITA HARIAN

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS