ISU AIR : Pulai Pinang terbuka runding tuntutan caj air Kedah
ISU AIR : Pulai Pinang terbuka runding tuntutan caj air Kedah

ISU AIR : Pulai Pinang terbuka runding tuntutan caj air Kedah

Kerajaan Pulau Pinang terbuka kepada perbincangan berkaitan pampasan RM50 juta setahun caj air mentah, sebagaimana yang dituntut oleh kerajaan negeri Kedah.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan Pulau Pinang sememangnya menyokong usaha negeri Kedah untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan persekutuan memandangkan isu sumber air mentah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

“Saya rasa rakyat tidak mahu melihat kedua-dua negeri melakukan ‘perang mulut’ dalam media tetapi berharap agar satu perbincangan diadakan…jadi, saya rasa lebih baik rundingan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan kilang baharu Iconic Worldwide Bhd., di sini hari ini.

Beliau berkata Pulau Pinang hanya mengekstrak sumber air mentah dari Sungai Muda di bahagian sempadan negeri sejajar dengan undang-undang dan hak antarabangsa.

Chow berkata beliau telah membincangkan isu tersebut dengan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) di Putrajaya Oktober lalu dan menteri berkenaan telah menyatakan agenda penting dalam KASA adalah memastikan semua negeri mendapat sumber air mentah yang mencukupi.

Rabu lepas, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan telah mengemukakan beberapa tuntutan secara bertulis kepada kerajaan Pulau Pinang menuntut caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun.

— BERNAMA

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS