Isu gantirugi balak : MB Kedah akhirnya tersilap
Isu gantirugi balak : MB Kedah akhirnya tersilap

Isu gantirugi balak : MB Kedah akhirnya tersilap

Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi bin Md Nor hari ini mengakui bahawa tidak timbul soal tuntutan bayaran ganti rugi kepada syarikat-syarikat konsesi balak sehingga mencecah RM1.5 bilion seperti yang dilaporkan oleh media perdana pada 27 Mei 2020 susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau tempoh hari.

Beliau membuat pengakuan itu di dalam sidang DUN Kedah hari ini setelah diasak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang yang diketuai oleh ADUN Alor Mengkudu, YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Tambah beliau lagi, setelah meneliti minit mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi tersebut, kerajaan negeri sebenarnya tidak terdedah kepada risiko dituntut bayaran ganti rugi yang diluar kemampuan kerajaan, jauh sekali yang mencecah lebih RM1bilion.

Mengulas lanjut, ADUN Jitra, YB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir berkata, kontroversi ini hanya tercetus akibat daripada kenyataan Sanusi yang mengundang reaksi negatif dari netizen. Beliau juga berharap, Menteri Besar Kedah itu akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau tidak lagi boleh bercakap hanya bagi pihak diri sendiri.

“Sebagai pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri, setiap ungkapannya adalah pendirian rasmi Kerajaan Negeri. Saya juga harap MB tidak mengeluarkan kenyataan yang seolah2 menuding jari terhadap kepimpinan negeri sebelumnya, walhal perkara yang dituduh itu langsung tidak berasas,” tambah beliau lagi.

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS