Isu logo: Berilah ruang kepada penyokong – Yaakub Yusra

Isu logo: Berilah ruang kepada penyokong – Yaakub Yusra

Pendakwah terkenal dari Kedah, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra meluahkan rasa terkilan dan sedih diatas pemilihan logo Kedah Darul Aman FC, yang membelakangkan penyokong pasukan itu. Menurut beliau, pemilihan

Ustaz Mohammad Yaakub Yusra

logo tersebut yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah dalam sidang medianya petang tadi, menutup ruang dan peluang penyokong pasukan itu untuk ‘menjadi juri’ dalam pemilihan berkenaan.

Untuk rekod, pendakwah muda berkenaan merupakan pemilik Darul Murtadha yang menjadi penaja bagi pemenang pertandingan ciptaan logo Kedah Darul Aman FC.

Tambah beliau lagi, sekiranya penyokong yang diberikan peluang untuk mengadili pertandingan berkenaan, sudah tentulah pulangan yang baik akan diperolehi oleh pemegang saham Kedah Darul Aman FC.

“Perkara ini pasti tak merugikan mana mana pihak termasuk pihak yang membeli major shareholder bola sepak (pasukan) Kedah kerana jika logo yang dipilih adalah suara anak-anak Kedah. Nescaya penjualan jersi dan apa-apa merchandise berkaitan KDA FC akan kami beli sebagai tanda penghargaan.”

Top 3 finalis pertandingan mencipta logo KDA FC

Beliau juga turut memohon maaf kepada peserta pertandingan itu yang jelas kecewa dengan keputusan berkenaan. “Saya mohon 3 finalis (top 3) yang terlibat berhubung dengan saya agar saya boleh bagi sedikit saguhati atas usaha kalian yang tidak berbelah bahagi. Bukan pada nilai duit tapi pada komitmen yang diberikan.” ujar beliau lagi sambil menyifatkan pendirian KDAFC itu sebagai tindakan kurang bijak.

Logo yang terpilih sebagai logo KDA FC

Pengumuman Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor itu petang tadi mencetuskan kontroversi di kalangan penyokong bola sepak Kedah apabila logo yang terpilih memenangi pertandingan itu bukanlah dikalangan ‘top 3’ bagi pertandingan berkenaan.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )