Isu Solat : Ketua AMANAH Kulim bidas Asri Janggut
Isu Solat : Ketua AMANAH Kulim bidas Asri Janggut

Isu Solat : Ketua AMANAH Kulim bidas Asri Janggut

KULIM – Kecoh di media sosial beberapa rakaman yang mula tular memaparkan Asri Janggut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan dianggap menghina pihak Polis dan Angkatan Tenteta Malaysia (ATM). Kenyataan beliau yang menjatuhkan imej anggota Polis dan ATM itu menjadi tular dalam masa beberapa jam sahaja setelah dimuat naik di media sosial.

Ramai netizen yang menggangap kenyataan yang dibuat beliau agak keterlaluan dan menyinggung perasaan anggota Polis dan ATM yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara. Turut memberikan maklum balas adalah Ketua AMANAH Kawasan Kulim Bandar Baharu, saudara Mohd Hazmir Hamzah.

Saudara Hazmir turut berkongsi rasa terkejut dan sedih dengan kenyataan yang dibuat oleh Asri Janggut. Menurut Hazmir, beliau sangat terkejut dengan kenyataan seorang yang beragama Islam  mempertikai dan memperlekehkan sesama muslim.

“Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Walaupun beliau marah dengan pihak Polis atau mana-mana pihak sekali pun, cara menjatuhkan maruah sesama muslim itu sangat tidak baik”.

“Saya sendiri tengok dua klip video yang sedang viral tu, sedih dan marah juga. Jangan kita duk ukur keimanan orang lain dan mempertikaikan ibadah sesama muslim secara langsung dalam program temu ramah”. “Saya malu bila tengok perkara ini terjadi. Saranan beliau itu baik, tapi jangan sampai nak kata semua Polis dan ATM tak jaga solat.”

“Saya ada ramai kawan yang menjadi anggota Polis, mereka ini baik-baik orangnya, mereka pun manusia biasa, kalau ada salah kita tegur cara elok-elok.” “Soal agama, kita sama-sama perbaiki. Jika kita ada kelapangan boleh saja ajak kawan-kawan Polis pergi solat di masjid”.

Hazmir juga mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pihak Polis dan ATM yang selama ini bertungkus lumus menjaga keselamatan negara.

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

COMMENTS