Jabatan Penjara sahkan Najib terima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Jabatan Penjara sahkan Najib terima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Jabatan Penjara sahkan Najib terima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut kenyataan pada Rabu, pada 12 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan agar Ahli Parlimen Pekan itu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.

“Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah Akta tersebut serta Peraturan Minimum Standard Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Tahanan (The Nelson Mandela Rules), Jabatan Penjara telah menghantar Najib ke HKL untuk rawatan oleh pakar perubatan di sana.

“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.

“Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” katanya.

Jelas kenyataan itu, sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan, pihak Jabatan Penjara juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan banduan sentiasa dipantau dan dijaga.

“Ini termasuklah penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” ujarnya.

(Visited 230 times, 1 visits today)

COMMENTS