Jadi mangsa godam, MV single pertama Wafiy Ilhan cecah 2.4 juta tontonan tinggal kenangan

Jadi mangsa godam, MV single pertama Wafiy Ilhan cecah 2.4 juta tontonan tinggal kenangan

PENYANYI remaja Wafiy Ilhan menjadi manga ketiga selepas Nabila Razali dan Nana Sheme apabila saluran You Tube miliknya turut digodam pada Isnin. Wafiy atau nama sebenarnya Mohd Wafly Ilhan Johan, 19, berkata, dia sedih apabila muzik video single pertamanya berjudul Lat Tali Lat yang sudah menceceah 2.4 juta tonton an hilang begitu
sahaja.

“Saya hanya tahu akaun You Tube saya sudah tada selepas dimaklumkan pihak pengurusan lama pada pagi semalam (Isnin).”Memang agak terkejut dan terfikir dugaan apa lagi nak datang. Ikutkan jumlah pengikut di You Tube hampir 100,000… dalam 96,000 pengikut dah.

“‘Walaupun saya tak berapa aktif di You Tube tapi banyak juga kenangan. Terutama video muzik single pertama saya yang sudah cecah hampir 2.4 juta tontonan.”Agak sedih sebab saya sendiri yang Wafly ketika dihubungi mStar.Mengarahkan MV lagu tersebut dan kini hilang begitu saja,” kata

Dalam pada itu, Wafly yang mula dikenali selepas menyertai program Ceria Popstar ini memberitahu dia menerima dugaan tersebut secara tenang dan positif.”Saya tak nak panik sebab takut masalah lain yang datang. Jadi, kena reda dan tenang saja. Bila dapat tahu, saya tarik nafas dan bertenang.”

“Insya-Allah mesti ada jalan penyelesaian. Pihak pengurusan lama pun sedang cuba untuk dapatkan balik akaun itu. Tapi saya tidak mahu berharap.”

“Saya siap sedia dengan kemungkinan, kalau tak dapat, tak apa. Saya akan buat akaun baru dan saya akan sediakan content yang lebih baik,” ujarnya.  —MS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )